Assalamualaikum..
Ini bukan kes rakan sekerja menganggu atau gangguan makhluk yang tak kelihatan di mata kasar. Ini kes sebenar. Apabila sebuah kedai dipenuhi pekerja berkategori gadis-gadis maka gangguan itu menjadi perkara yang sukar untuk dielakkan.
Ada gurauan dan teguran yang boleh diterima, namun ada juga sesetangah tindakan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan.
Kat tempat kerja aku sekarang, aku dan budak-budak lain turut mengalami gangguan tersebut.
Kes 1:
Ini merupakan kes yang berlarutan. Kitorang pun dah patah akal nak selesaikan. Pelaku gangguan merupakan seorang yang aku syaki menghidap penyakit mental kronik @ schizoprenia. Aku cuma dengar-dengar cerita daripada orang lain tentang dia.
Setiap hari dia akan mengganggu pekerja kat kedai aku. Pada awalnya, cuma seorang, kemudian orang seterusnya dan sekarang aku pun jadi mangsa. Sebelum ni, aku tak ambil kisah apa yang dia buat. Cuma, pada suatu hari dia semakin berani menghampiri budak-budak kat kaunter maka aku cuba tunjuk berani. Mulanya, memang dia dengar cakap dan akan pergi, tapi, sekarang, dia dha tak makan saman. Aku marah ke, jegil mata ke, dia semakin suka.
Cukuplah aku katakan gangguan dia adalah sedikit boleh dikategorikan gangguan seksual tahap 2. Bukan hanya pandang, malah perbuatan dari jauh. Oh, kawan aku seorang dah kena usap kepala. Aku buntu, apa tindakan yang patut diambil seterusnya?
Kes 2:
Ini kes baru. Seorang lelaki yang boleh dikategorikan pakcik oleh kami semua telah menyebabkan kami merasa pelik dan takut. Salah seorang pekerja ditegur dan kata-katanya sedikit berunsur gangguan seksual juga. Yang pasti, ia amat menakutkan. Dua orang - dia pandang atas bawah lepas tu keluarkan kata-kata yang buatkan kami confuse.
Aku cuma perhati dia dan cuba cover budak-budak ni je. Alhamdulillah jugak, aku dia tak pandang pelik macam tu. Aku juga hampir-hampir nak curi ambik gambar dia untuk simpanan, tapi aku takut dia perasan. Lagipun, kedai tu ada CCTV- kalau apa-apa boleh ada rekod.
Kes 3:
Kes ni, aku tak pasti sebab aku tak berada di tempat kejadian. Budak sorang tu - mereka aku panggil budak sebab semua jauh lebih muda dan aku rasa aku lah orang yang perlu jaga diorang- sorang-sorang kat kedai. Kemudian dia didatangi oleh lelaki yang telah sedia maklum juga mungkin mengalami sedikit kecelaruan mental bertanya pelbagai macam soalan. Akhirnya, lelaki tersebut beredar setelah dimaklumkan (tipu helah) bos ada kat belakang. Alhmadulillah.
Kes 4:
Kes usik-usik dan kacau-kacau lelaki miang atau cuba nak main-main dengan budak-budak ni. Kes mintak nombor telefon. Tiada sebarang kecederaan emosi yang berat.
p/s:
Hari-hari aku risau jugak sebenarnya. Janganlah ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment