Pengikut

Friday, January 6, 2012

Meneruskan perjuangan~

Assalamualaikum

Selamat tahun baru. Walaupun dah terlewat sedikit tapi semoga kalian semua diberkati sempena tahun baru ini. Untuk yang telah mencapai apa yang diimpikan tahniah, dan buat yang masih menanti dan sedang berusaha ke arah itu, sama-sama lah kita berdoa dan panjatkan pengharapan supaya Allah menemukan destinasi kita.

Aku masih lagi meneruskan hidup sebagai pencari kerja. Entah kenapa, aku semakin hilang sabar akhir-akhir ni. Kesian Is asyik jadi mangsa. Aku kurang sabar jaga dia. Tapi, dia pun terlalu nakal dan lasak. Aktif sangat-sangat. Kalau mula merengek tu, asyik rengekan dia aje lah aku dengar satu hari. (Tak tau la kalau aku pun camtu masa kecik)

Aku dah nak masuk 24tahun. Tiba-tiba aku rasa hidup aku macam tak lengkap tanpa kerja. Semalam, bila jururawat masyarakat datang rumah nak tengok kakak ipar aku (mengandung) aku perhatikan aje diorang. Cemburu aku memuncak tengok mereka pakai uniform. Lucu rasa.

Bila aku mula mengeluh dan menulis status tentang pengangguran aku aku terus belek-belek status orang lain. Dan aku terlihat status kawan aku,
"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta, tapi bukan Allah tak bagi terus , Allah ganti dengan yang sesuai, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat DIA,kadang2 Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri, tapi teruslah minta sebab kita HAMBA-NYA"
 aku jadi termenung sekejap. Ye, mungkin. Mungkin aku belum cukup berusaha, mungkin aku belum cukup meminta dan merayu. Aku akan terus berusaha lagi. InsyaAllah. Tahun ni pun, jawatan kerajaan dibuka. Mana tau rezeki aku kat situ.
Oh, ye. Telefon aku rosak pulak. Bateri dia dah kembung macam ikan buntal. Kena fikir nak tukar bateri. Buat masa ni rasa sayang benor duit nak guna untuk benda-benda macam tu.
p/s: dah lebih sebulan pergelangan tangan ni something goes wrong, dah urut tapi atok aku kata mungkin lambat baiknya. Aku simpan lama sangat.

1 comment:

Iffah Afeefah said...

herm sal ikan buntal tu lawookk