Pengikut

Saturday, January 7, 2012

Saya dah tak nak belajar!

Assalamualaikum.

"Aku dah tak nak belajar! Aku bukan pandai pun. Kelas pun kelas akhir. Baik aku tak payah belajar."

"Boleh tak tumpukan perhatian pada pelajaran? Jangan asyik melukis aje. Bukan boleh makan pun melukis!"

"Kelas sastera? Keputusan hari tu teruk ye?"

Aku masih ingat lagi, sejak aku darjah satu aku mula minat melukis. Aku selalu melukis rekaan baju, melukis kartun dan aku ada juga cuba melukis pemandangan. Masa tu, aku sangat seronok bila orang puji lukisan aku. Aku berlatih dengan gigih.

Aku pernah terfikir, adakah aku punya bakat dalam bidang seni? Adakah minat aku lebih menjurus pada seni? Aku juga bekas pengguna tangan kiri (aku ubah masa tadika sebab tengok semua orang tulis tangan kanan).

Tapi, sejak kecil aku diberitahu supaya jadi doktor. Sepanjang aku belajar, aku pelajari bahawa bidang sains adalah bidang yang paling hebat dan semua pelajar pandai akan menjurus ke bidang tu.

Selepas PMR, dengan keputusan aku, aku diletakkan dalam kelas Sains Tulen. Ada seorang kawan mendapat keputusan semua A tetapi dia memilih kelas akaun kerana ingin mengambil Bahasa Arab dan pengajian lain dalam aliran agama. Dia telah dipujuk oleh ramai cikgu untuk masuk kelas Sains.

Cuma ustazah Bahasa Arab yang berkata penuh pengharapan supaya dia meneruskan pengajian dalam aliran agama. Sistem di sekolah aku pada waktu tu begitu. Cuma pelajar akaun boleh ambil Bahasa Arab dan pengajian agama.

Ada ramai orang di sekeliling aku yang mengambil aliran sastera. Kebanyakan daripada mereka tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi malah tak ramai punya skil untuk digunakan dalam bidang kerja. Ini buat aku terfikir, bukan ke kita ada mata pelajaran musik, pendidikan jasmani dan seni?

 Sejak aku darjah satu aku belajar semua tu, tapi, aku tak pernah merasa seperti belajar. Seingat aku, kelas-kelas tu cuma untuk main-main dan waktu paling santai. Hinggalah aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains, semasa aku lelah dan penat membaca aku terfikir, kenapa aku tak ambil aliran lain?

Aku minat melukis, kenapa aku tak ambil seni? Sebab keputusan aku melayakkan aku ke bidang Sains dan semua orang meletakkan aku di situ. Aku sendiri merelakan diri aku ke bidang tu.

Kenapa ye? Mereka yang ambil seni, belajar di aliran sastera, tak didedahkan dengan bidang-bidang tu dengan lebih mendalam? Kenapa masa belajar muzik, satu not muzik pun aku tak mampu kenal? Masa pendidikan jasmani, semua orang dibenarkan main ikut suka hati je kan? Kalaulah sistem pendidikan yang diatur elok tu dilaksanakan dengan lebih baik, bukan ke peluang untuk pelajar-pelajar kita akan terbuka lebih luas?

Aku nak yang pandai melukis belajar melukis, aku nak yang pandai main alat muzik main alat muzik, aku nak yang pandai sukan, bersukan, bukan untuk isi masa lapang, tapi untuk kerjaya di masa depan. Ini harapan aku je. :)

Aliran agama dah semakin diterima- jadi aku tak sentuh.

p/s: Aku terfikir nak belajar undang-undang bila ada rezeki kelak. Aku nak jadi penasihat undang-undang dalam bidang kesihatan. (Law Nurse?) -kerja pun belum lagi nak berangan-angan.

Dah lama nak tulis, tapi tergerak bila baca ni : Cerpen

1 comment:

Iffah Afeefah said...

tula pasal

kdg2 ase terbeban blaja bende xdsukai