Pengikut

Monday, February 20, 2012

Aku dan Abah - entry panjang lebar~

Assalamualaikum warahmatullah

Membaca entry Miss M pagi ni, buat aku tergerak menulis tentang Abah. Dah lama aku nak tulis, tapi, aku segan.

Siapa Abah? Abah tu, arwah ayah aku la. Aku cuma nak tuliskan kenangan bersama Abah yang paling indah. Sebenarnya, kadang-kadang aku takut aku lupakan Abah.


Abah  dan Kerjaya
- Sepanjang kenangan aku, Abah seorang pengawal keselamatan kat LLN yang lepas tu tukar jadi TNB (Tenaga Nasional Berhad). Seingat aku, Abah kerja tiga tempat dah. Dekat pencawang elektrik dekat kampung aku, kat Kuala Selangor dan yang terakhir kat Sekinchan. Lepas tu, selama beberapa tahun bila sakit Abah makin teruk, Abah dah tak kerja hingga akhir hayat Abah.

- Mak cakap sebelum tu, Abah kerja kilang. Lepas sakit, Abah tak boleh kerja berat dah.

Abah dan Kesihatan
- Seingat aku, Abah sakit. Memori aku cuma ada sejak Abah sakit. Masa aku umur 4 tahun (kalau tak silap), Abah accident kat jalan dekat dengan rumah ni je. Tapi, Abah koma sebulan. Semua ni mak cerita. Mak kata sana sini pasang tiub.

- Kenangan aku cuma, aku berada kat bawah Hospital Klang, Abah jenguk dari tingkap dan lambai aku. Mak cakap, aku tak boleh naik. Budak kecik lagi. Aku cuma tunggu kat bawah dengan abang aku. Serius, aku tak pasti ingatan aku ni realiti atau mimpi.






Abah dan Aku
- Aku anak Abah. Mak cakap, kalau aku nak tidur tak dapat tangan Abah, aku tak nak tidur.

- Masa Abah mula-mula balik dari hospital, aku dan Abah jaga diri masing-masing kat rumah. Abah jaga aku, aku jaga Abah (kononnya).

- Abah pernah beritahu aku cara nak pergi Singapura. Kalau aku tidur sambil pegang duit Singapura (masa tu ada 10sen duit Singapura), aku akan sampai sana. Aku pun percaya dan tidur. Akhirnya, aku mimpi aku sampai sana. Seronok betul!

- Abah selalu bawak aku pergi "medang" @ "ngeteh" @ minum kat kedai kopi minum teh tarik dan makan roti canai. Semua orang kenal aku ni anak Pak War. Harharhar.

- Abah rajin pancing udang (memang pakar lah-pakai kaki pun boleh tangkap- serius!). Udang galah. Masa tu, sebab dah selalu sangat makan udang galah, Abah jual je kat kedai Cina. Abah tukar dengan ikan. Sebenarnya, kadang-kadang aku nak je cakap tak payah la jual. Aku nak. Tapi, aku diam aje. Takut nak cakap.

- Abah la orang yang ajar aku mengaji dan sembahyang. Aku takkan lupa, sebab semua adik-beradik aku laki, aku sujud macam orang laki. Tangan aku mengepak, bukan tutup sopan macam yang sepatutnya. Tak ada siapa perasan sampai aku ditegur kakak senior masa aku sembahyang kat masjid. Masa tu aku darjah satu.

- Aku takkan lupa, aku selalu merungut kat Abah. Kat taska belajar Muqaddam nombor satu. Aku bosan. Sebab masa tu, kat rumah Abah dah ajar sampai nombor 5. Berlagak betul aku masa tu!

- Bila aku besar sikit, Abah dah mula kerja. Aku selalu ikut Abah kerja. Terutama bila kerja malam.

- Teringat aku, aku berdegil nak ikut Abah sedangkan masa tu hujan sangat lebat. Aku mengamuk nak ikut jugak. Mak tak kasi, tapi, aku nak jugak. Abah pun kasi ikut. Abah pakai baju hujan kat depan, aku pulak sembunyi dalam baju hujan tu. Bila atas motor, hujan sangat lebat, baru aku terfikir, patutlah Mak risau tak kasi ikut. Kesian kat Mak. Tapi, tak boleh patah balik dah. Masa ni, Abah kerja kat Kuala Selangor. Masa tu jugak aku sedar, betapa susahnya Abah nak cari duit. Naik motor dalam hujan lebat, malam pulak tu.

-Aku ingat jugak, Abah ajar aku sebut 'R'. Dulu aku pelat. Tapi, orang Jawa mana boleh pelat 'R'. Nanti cakap Jawa tak jadi bunyi Jawa la. Abah pun ajar aku sepanjang malam sampai aku tertidur. Masa ni, tidur dalam pondok pengawal la. Sempit je. Tidur atas lantai. Tapi, aku suka!

- Kat tempat kerja Abah tu, ada banyak batu warna putih. Abah selalu ajak aku kutip batu. Batu putih yang cantik-cantik. Bila nak pergi tandas je, aku kutip batu. Tapi, bila bawak balik, terbuang macam tu jugak. Hehe.

- Bila Abah kerja kat Sekinchan, aku dah darjah 5/6. Aku ikut jugak! Aku siap bawak buku. Aku kan rajin. Tidur kat atas sofa je. Sejuk, ada aircond.

- Abah sangat suka bagi teka-teki. Kami anak-anak suka bila Abah kasi teka-teki. Abah memang selalu main dengan anak-anak dia bila ada masa. Tapi, kalau masa marah...Huhu.. Aku tak berani mintak apa-apa kat Abah. Semua aku mintak kat Mak. Sampai Mak cakap, " oh, manja-manja dengan Abah, tapi, kalau mintak apa-apa kat Mak jugak ye?"

- Main tangkap nyamuk! Pernah main? Abah selalu ajak kitorang main tangkap nyamuk. Budak-budak laki semua bukak baju. Abah la ajar. Siapa dapat kumpul nyamuk paling banyak, dia menang. Aku tau Abah hebat, aku suka satu kumpulan dengan Abah. Tapi, Abah pun suka main tak aci. Abah pura-pura tunjuk tempat lain, tiba-tiba Abah tiup kumpulan lain punya nyamuk. Habis hilang!

- Aku anak perempuan pertama. Masa tu, aku sorang je la. Abah tak kasi aku potong rambut. Dia kata anak perempuan kena rambut panjang. Tapi, kesian Abah. Anak perempuan dia ni perangai macam laki. Ada anting-anting sangkut kat rambut terus tak nak pakai. Ada rantai leher asyik putus. Dibelikan gaun dan baju fesyen-fesyen tak nak pakai. Nak pakai seluar je. "Kenapa dia tu boleh pakai seluar?" Tu la soalan aku kat Mak. Dia lelaki la...

- Aku berkulit agak gelap berbanding adik aku. Mak selalu ejek aku anak keling. Mak cakap, aku ni anak keling kura-kura, Mak kutip bawah pokok pisang. Lepas tu, Mak gelak-gelak. Aku tau Mak saja je. Tapi, Abah selalu cakap

" Hitam-hitam si tampuk manggis,
Walaupun hitam, kupandang manis."

Aku jadi gembira sikit masa tu. Aku jugak terus sibuk nak tau manggis tu apa, aku nak rasa. Dan aku suka manggis!

Aku dan Abah selepas itu..

- Aku tak pasti bila, aku dan Abah makin renggang. Aku makin tak rapat dengan Abah. Aku mula sibuk dengan sekolah.

- Masa PMR, Abah masuk hospital sebulan, koma. Aku lawat Abah cuma sekali dua je. Aku sibuk dengan kelas. Aku selalu bagi alasan. Masa tu nak dekat sangat dengan PMR.

- Bila aku masuk asrama, aku rasa sangat risau tentang Abah. Tapi, aku sangat jarang dapat telefon rumah. Aku skema. Bila hujan lebat dan kilat aku takkan telefon. Cikgu kata, bahaya.

- Seminggu sebelum Abah meninggal,

aku balik kampung. Aku dingin sangat masa tu. Aku cuma ingat rupa Abah tercungap-cungap mintak aku tolong ambik air mungkin. Aku tak ingat sangat. Tapi, masa tu aku cakap apa entah, mungkin aku cakap, "jap la..." Dan Abah terus diam.

Bila balik asrama, beberapa kali aku cuba telefon rumah. Tapi, masa tu musim hujan. Sekolah atas bukit, kilat dan petir menakutkan aku. Aku tak dapat cakap dengan Abah.

Aku tak dapat tengok muka Abah kali terakhir sebab bila aku sampai kampung, Abah dah selamat dikebumi. Terus terang aku amat-amat menyesal. Kenapa aku dingin dengan Abah masa tu? Kenapa aku tak peluk cium Abah masa kali terakhir aku jumpa?

Aku jadi macam orang bingung selepas tu. Aku selalu bersendiri. Tapi, tak ada siapa sedar kot. Aku pun tak sedar aku jadi lain. Walaupun SPM cuma tinggal sebulan, aku semakin tak tumpu perhatian kat kelas. Aku seolah-olah hilang matlamat hidup.

Matlamat aku sejak kecil:

" Nanti belajar pandai-pandai, jadi doktor tolong ubatkan abah, ye"

Aku rasa tak ada maknanya lagi dah belajar rajin-rajin. Aku nak buat semua tu untuk siapa? Aku lost.

Tapi, alhamdulillah Tuhan sayangkan aku. Keputusan aku okay dan aku dapat masuk Matrik. Cuma sepanjang tu sampailah aku buat keputusan nak ambil kejururawatan ikut kawan aku, aku sebenarnya dah hilang matlamat aku.

Korang jangan jadi macam aku tau. Untuk yang masih ada mak ayah, sayang dan tunjukkan kasih sayang. Sekarang ni, aku cuma ada Mak je. Aku nak berusaha untuk tolong abang aku jaga Mak dengan adik-adik.

Panjang sangat entry kali ni. Entah siapa yang baca.

Aku tak ada gambar abah. Tak mampu la masa dulu-dulu nak ada kamera. Masa dah ada handset pulak, abang aku je ada handset kamera. Handset tu pulak aku terosakkan dan gambar Abah semua hilang.

Aku paling takut kalau aku lupakan muka Abah dan semua tentang Abah. Dalam doa pun, aku cuma terbayang jasad Abah yang tersemadi dalam liang lahad.

p/s: Matlamat terbaru. Nak jadi kaya! Boleh kan? Oh, ye. Tolong klik churp-churp aku. Terima kasih.

3 comments:

ilovekampungku said...

abah pelengkap keluarga...tanpa abah, kitorang takut nk tengok cerita hantu...kekekeke

baby boo said...

doa kan al-fatihah selalu untuk abah...

ANISA said...

agak la panjang...tapi mmg nak citer pasal tu xsukup satu page..

kenal blog dari blogger fendy..