Pengikut

Friday, February 17, 2012

Prinsip-prinsip Rukun Negara~

Assalamualaikum warahmatullah

Korang tau Rukun Negara? Mesti hafal dah kan sebab sekolah dulu hari-hari kena ikrar.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Tak pasti susunan betul tak, yang pasti semua ni adalah rukun negara kita Malaysia (untuk warganegara la).

Kalau dalam rukun Solat, tertinggal kira tak sah. Kalau Rukun Iman, Rukun Islam, wajib kita buat untuk membuktikan kesilaman dan keimanan, kalau tak tak sah la Islam kita kan?

Tapi, rukun-rukun agama ni berat sangat nak ikut kan? Suka-suka hati je. Bab agama ni tak boleh masuk dalam hal macam ni lah. Bab agama ni bukan boleh buat gini gitu bla bla bla.

Tapi perasan tak rukun negara tu kandungan dia apa?

Kepercayaan kepada Tuhan
- kepada Atheist anda sudah tak sah jadi warganegara

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- ada ke yang tak setia? yang suka kutuk-kutuk negara sendiri sila keluar dari negara ini

Keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang
-sila patuhi perlembagaan dan undang-undang, kalau tak anda bukan lah sah taraf warga

Kesopanan dan kesusilaan
- ni paling best. Kalau buat perangai tak senonoh sikit pun, tak layak ye jadi warganegara.
Pakai tak senonoh? Cakap kurang ajar? Bla bla bla..Sila get out of this country.

Dah lama ada idea ni tapi tergerak nak tulis lepas baca blog Abu Huzaifah.

p/s: Susahnya hidup berkeluarga. Nak-nak duduk dengan mak mertua. aku yang tengok pun rasa tak tenang jiwa. Hahaha.

4 comments:

Zehan Ilyana said...

a'ah la baru perasan, kalau atheist tak boleh la jadi warganegara malaysia eh?

nasib baik saya islam, dan percaya Allah..:D

Miss N™ said...

masih ade yg tak ikut rukun ni...

kalau boleh buang yg bab xsopan tu..lama dah delete eh..

Unknown said...

memang hnye pade name je org kite ni

Pha Is said...

part kesopanan tu pon penah terfikir gak dulu.. siap pernah guna point tu untuk karangan masa skolah menengah dulu.. hehehe