Pengikut

Thursday, February 9, 2012

Tu bukan lurus, tu bendul!

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku sedang menaip laju-laju ni. Maklumlah, anak buah tengah pergi jalan-jalan. Tak ada orang nak kacau.

Kisah berlaku kelmarin.

Abang aku bawak mak beli mesin basuh baru. Mesin baru kat rumah ni dah berapa banyak dah rosak. Dari yang baru sampai ke second hand, semua sama je.

Aku tengah melayan anak buah aku bila diorang balik.

"Dah beli ke? Automatik ke semi?"

Bukan mesin basuh aku - credit: google.


"Tengok lah sendiri kat tepi rumah." Mesin basuh letak luar rumah, senang nak sidai baju.

"Aik, bila sampai? Tak perasan pun. Harga berapa?"

"Seribu enam ratus." Jawab abang aku selamba.

Aku tercengang. Biar betul abang aku ni? "Ha? Biar betul?"

"18kg ma.."

Aku terus bangun dan ikut abang aku tengok mesin basuh tu. Memang pelik. Takkan mesin basuh macam ni seribu enam ratus? RM1600?

"Beli kat mana?" Tanya pakcik aku yang kebetulan datang.

"Ala, kedai biasa tu."

"Takkan macam ni RM1600?" Aku tanya mintak kepastian.

Pakcik aku pandang aku dengan pelik. "Seratus enam puluh la...."

"Adoi...takkan ko tak faham kot, " kata abang aku pulak.

Ok, aku malu! Aduih. Mana la aku tau abang aku nak tipu. Muka serius gila.

"Memang la. cP ni kan lurus, jujur. Mana la tau kena tipu..." Huhu. Panas je muka.

"Tu bukan lurus...tu..." Abang aku tak payah habiskan ayat dia. Aku sendiri sambung.

Tu bendul....

Ok, fine!

p/s: selalu cakap adik aku bendul, aku pun sama je. Agak-agak la mesin basuh second hand RM1600. Kalau mak aku mesti cakap, belajar tinggi-tinggi..... sight.!

3 comments:

Eza Boom Boom said...

hahaa.. kalau Eza suka main juta. hee.. kira nak bli nasi lemak.

org tanya : berapa harga?
Eza : Dua juta... haha.

tapi sebenarnya RM 2 jee. :P.

Eza pun selalu bendul gakk.. hihik.

mizzkechique said...

hahaha.. kelakar.. tp MK pun kdg² cenggitu gak..

Iffah Afeefah said...

hahaha saba jekla

mesti blur jek kan