Pengikut

Friday, March 16, 2012

Berita : Tiang rumah sebelah ada dalam bilik air saya!

Assalamualaikum warahmatullah.

Kuala Selangor, 16 Mac 2012.

Malam tadi, angin kuat menyebabkan sedikit kemusnahan di kawasan sebuah taman perumahan di Kuala Selangor.

(Okay, ingat nak buat gaya berita, tak reti.)

Sepupu datang tadi, dia cakap bumbung rumahnya rosak dek angin kuat malam tadi. Hari ni pun, dia pergi kerja sekejap je.

Amsyar (anak dia) beritahu, bumbung rumahnya pecah. Tiang rumah sebelah pulak ada dalam bilik air rumah dia/.

Dah beberapa kali jugak angin ribut menyebabkan kejadian macam ni. Tak tau lah ada kawasan lain terlibat tak.

Alhamdulillah. Kawasan rumah aku selamat. Mungkin sebab masih ada banyak pokok sebagai tebatan angin. Takut jugak bila angin kuat, pokok tinggi-tinggi tu. Takut tumbang ke rumah.

p/s: Rasa loklak sungguh hari ni. Mimpi tentang zaman sekolah, bangun pagi tersedar, aku seorang je masih berada dalam kenangan zaman belajar. Kawan aku yang lain kerja dah. Uhuk. Emosi sikit.

3 comments:

Edy Zaidi said...

wow...mesti masuk berita nnt

nur anis said...

teruk ke ribut malam tadi dekat kuala selangor? saya duduk sekinchan...

.........cP~ said...

@nur anis..

Tak tau la teruk ke tak.. saya kat tanjong karang.. sepupu yang duk sana.rumah dia dengan jiran dia je kot kena.