Pengikut

Wednesday, March 7, 2012

Bermadu @ HOT FM~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dengar radio pagi-pagi, di 8TV.

Topik: Madu

Mula-mula cuma menerima pemanggil-pemanggil wanita, dengan jawapan biasa. Kemudian, menerima paggilan seorang lelaki.

Lelaki tu kahwin dua.

Isteri kedua merupakan bekas GRO dan lebih berusia. Alhamdulillah isterinya kini, kembali ke jalan Allah. Solat, menutup aurat dan sebagainya.

Jumpa pertama kali di kedai makan. Allah nampaknya mengirim lelaki itu untuk menjadi penunjuk arah wanita tersebut.

Isteri pertama turut memberi sokongan.

Lepas tu, lelaki tu merayu jangan pandang hina perempuan macam tu sebab jauh dalam sudut hati ada keinginan nak berubah. Dia juga merayu jangan rosakkan perempuan. Dia nyatakan, dia berkahwin kerana Allah.

Tersentuh jugak naluri kewanitaan aku. Aku sangka tak ada dah lelaki macam tu. Dan, aku kagum dengan isteri pertama dia. Mesti rahmat Allah melimpah ruah.

Mungkin, madu itu rasanya manis. Cuma nak mendapatkannya kita berdepan dengan lebah-lebah yang berbisa. Kalau kena cara, manis itu dapat diarasa bersama.

Aku? Jujur, aku tak ada apa-apa pendirian tentang tu. Tak tau apa rasa memiliki lagi. Heh.

p/s: Ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Mana arah?

8 comments:

Ms Velentine said...

jarang ada yg mcm ni...huhu...kalo sya tak taulah

mizzkechique said...

ssh nk ckp.. mmg la xnk bermadu, tp klu dh ketentuan Allah mangatakan nsb kite mcm tu, kena la trma..

charmyiex said...

jodoh itu rahsia Allah...apa yg kita miliki, bukan hak hakiki kita...kene bersedia utk kehilangan...

YaYaNsMuM said...

Mmg orang2 terpilih je boleh melalui semua tu.errmmm...

Akak tag Cp utk segment ni - http://yayansmum.blogspot.com/2012/03/segmen-7-perkara-yang-akan-saya-buat.html

nur anis said...

saya pun dengar tadi..rasa kagum sangat dengan mereka suami isteri...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

sejak dua menjak ni isu madu je kan... hari tu is tengok apa saja FBI tv9 tu pun sai madu... paling respect yang dua2 madu hidup dalam keadaan harmoni... tahniah kepada mereka yang kuat . (^___^)

Cik Nur said...

murni hati isteri pertama. bab poligami ni, mmg xsemua wanita sanggup terima.

Azee Hana said...

ada sesetengah orang je y sanggup dimadu..baik nye wife die..