Pengikut

Tuesday, March 13, 2012

Sekali lagi, malu aku~

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah. Hari ni aku diberi kesempatan untuk keluar hantar resume. Kalau tidak aku memang nak kena duduk rumah je la jaga budak-budak.

Hari ni, kak ipar aku tak kerja. Demam. Eh, aku bukan alhamdulillah bersyukur sebab kak ipar aku demam tau.

Apa yang aku malukan? Aku malu la dengan Allah sebab aku asyik mengeluh. Aku fikir, bukan salah aku tak nak hantar resume, tapi aku tersekat kat rumah ni tak boleh ke mana-mana.

Seolah-olah aku salahkan Allah sebab bagi aku kesibukan ni.

Malu aku. Allah dah tunjukkan yang Dia punya kuasa untuk tentukan semuanya. Aku je yang tak reti nak ambik peluang.

Alhamdulillah. Seronok sebab diberi peluang keluar untuk hantar resume.

Oh, ye. Awish (anak sepupu) demam pulak hari ni. Muntah-muntah. Lembik je. Minum pun muntah habis. Dah la tak boleh berjalan (ada masalah sikit).

Nanti nak beritahu mak dia, bawak pergi hospital je lah. Memang dah bawak klinik, tapi, aku rasa better bawak hospital jugak. Aku percaya hospital daripada klinik. Hee.

Ok lah. Aku ada kerja nak siapkan. Assignment makcik aku, kena reka cerita kanak-kanak berserta ilustrasi. 

p/s: Suka dengan kawan mak aku tadi. Dia cakap kat aku, "belum ada rezeki" bila tau aku belum dapat kerja. Lega hati.

11 comments:

Mujahadah said...

Kadang2 lega bila ada yang sanggup memahami dan x condem kita.. =]

.........cP~ said...

Betul3x..

pha is said...

sabar lah.. fikir yg positif..

Azee Hana said...

iallah..nanti ada la tu.=)

Rina Supian said...

Sifat malu spt ni bagus...bg sy la :)

Cik Nur said...

kita kena percaya..rezeki ALLAH..ada dimana2...itu juga Rahsia DIA..seperti jodoh.

jgn lupa bw ank buah tu cpt2 ke hospital..bahaya di biarkan lama2...

Teenager Housemaid said...

satu hari nanti, kak cp mesti dapat rezeki yg terbaik..insyaAllah..:DD
fighting!

SAYA BUKAN SAMDOL said...

=D

MaryaYusof said...

Salam CP,

Good Luck! Insya'Allah pasti ade rezeki nnt... Rezeki setiap hambaNya telah ditetapkan... Berusaha, berdoa & tawakal ye dear :)

aimie amalina said...

x pe
alhamdulillah juga dberi kesempatan utk sentiasa muhasabah diri kan :)

Liza @ Adzriel AB said...

mengeluh tu biasa, tapi syukur bila beringat. nak berjaya memang kena bangkit & berusaha. moga ada rezeki tu.