Pengikut

Monday, March 12, 2012

Jodoh itu rahsia Allah~

Assalamualaikum warahmatullah..

Jodoh itu rahsia Allah.

Ini bukan blog gosip, tapi, hari ni nak sebut sikit nama artis sebagai contoh.

Ingat lagi majlis persandingan Erra dan Yusri di Taman Tasik Permaisuri dulu? Lihatlah sekarang. Masing-masing sudah bahagia dengan pasangan masing-masing.

Ingat lagi kisah Nabil raja lawak dan Irma Hasmie. Nah, sekarang masing-masing juga bahagia dengan hidup masing-masing.

Tengok pulak bekas jaguh bina badan negara, Dato' Malik Noor. Mengakhiri zaman bujangnya pada usia 50 tahun.

Terlintas idea ni sebab tengok berita TV3 tentang Dato' Malik Noor tadi. Tak siapa tahu rahsia dan ketentuanNya.

Berdoa dan terus berdoalah. Usaha tu takkan sia-sia, insyaAllah.

Bak kata pepatah basikal, " jodoh tu datang lambat, sebab dia naik basikal. Tapi, dia akan sampai jugak nanti." 

p/s: Aku ni fikir untuk orang lain sangat ke? Atau orang lain cuma alasan untuk aku memalas-malaskan diri dan terus duduk diam je.

13 comments:

Fara said...

I like! :3

Lucu lah pepatah basikal tu xD

Tihara said...

hehe..jodoh naik basikal..Insya Allah..doa-doa yang baik akan Allah kabulkan mungkin dalam bentuk yang kita tak sedar pun..Allah beri yang terbaik..Insya Allah :)

Azzah said...

dapat basikal baikkk punya nanti..

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

betul tu. jodoh rahsia Allah . Is pun tatau , orang yang paling is xsuka ( sebab dia garang ! )dulu jadi hubby is yang paling romantik sekarang . moga cinta ini berkekalan hingga ke syurga... insyaALLAH (^___^)
P/S : Is dah stat qeja wini , datang jugak menjenguk sat ke belog ni... muah!

Deru Ombak said...

jaga diri leklok cP~~ anty balik Dari holiday nanti kita jumpa lagi k... xoxo

Cik Nur said...

betul tu..!sgt setuju..semuanya rahsia DIA.

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hanya Allah yang maha mengetahui waktu yg terbaik buat hamba-Nya.:-)

Karukord Jagau's said...

kena kasi pinjam moto tu....baru cepat cikit hehehee

Fahmi Mahat said...

terima kasih... good article, good thought~ =)

islamicnya blog ni. segan plak

pha is said...

pepatah basikal..? hahaha

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Ada pepatah baru ke?

Teenager Housemaid said...

erk..1st time dgr pepatah basikal tu..hahaha

aimie amalina said...

sapoolah jodoh den
hehehehee