Pengikut

Friday, June 8, 2012

Makan tengah hari = RM25 ???

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa pendapat kamu semua kalau aku kata, bajet makan tengah hari aku tadi lebih kurang RM25. Sedangkan hari-hari kalau kerja bajet maksimum makan tengah hari RM4.20 (kalau nasi penuh).

Inilah yang terjadi di kala aku kebosanan kat rumah tak tau nak makan apa untuk lunch. Kawasan rumah aku ni kawasan perumahan Cina, jadi, agak susah untuk aku dapatkan makanan halal. Yang terdekat adalah hospital tempat aku kerja. Terus terang, aku dah naik boring jugak makan makanan hospital ni. Hari-hari sama je lauk. Hakhak. Sebab itulah aku keluar naik teksi untuk cari makanan.

Kadang-kadang, kalau dah tak tau nak makan apa, aku makan mee segera je di hari cuti.

 Masak? Err. Rumah aku ni, multiracial yang duduk. Mereka jugak senior-senior kat tempat kerja yang berpangkat lebih tinggi. Aku segan nak keluar dari bilik kalau kat rumah. Nak ke dapur, jarang sekali la. Boleh ke? Alasan aku, seganlah nak masak. Heeh.

p/s: Kawan dah sambung tidur semula. Maklumlah nak masuk kerja malam. Esok dia nak balik kampung terus. Cuti lepas kerja malam panjang sikit. Mujur esok aku double shif. Tak lah termangu keseorangan kat rumah.

** Berdasarkan komen yang diberi nampaknya ada salah faham. RM25 tu termasuk kos tambang teksi pergi balik. Haha. Tapi, kira mahal la tu untuk lunch saja terpaksa keluar sampai RM25.

Fly butterfly fly...(sumber google)

7 comments:

Chic Na said...

kalau ada housemate yg sama shif senang kan. ada jgk teman. xpe, bleh blaja berdikari. :)

pha is said...

agak banyak la kalau rm25.. nasib baik cafe kat dalam usm ni ada yg murah... kadang2 nasi lagi murah dari minuman.. hehehe

Yana Libra said...

mahalnya Rm25 tu~~

Iffah Afeefah said...

mkn pe la tu mahai sngt

Deru Ombak said...

Salam ...cP~ ..
Apa khabar? Sihat? How's keje?
Sori anty kurang berkesempatan berBW.

Back to your lunch. Sesekali oklah kot kluar naik teksi
Cari mkn, kalau selalu parah jugak pocket kot. Segan nak kedapur? Segan msk nanti lapar tau.

Azee Hana said...

ni kalau tiap hari makan macam ni,,memang hmmm..haha

Teenager Housemaid said...

erk..hari2 belanja rm25? erk...