Pengikut

Friday, June 8, 2012

Hari-hari Seorang Jururawat 2

Assalamualaikum warahmatullah

Hari kedua dan seterusnya, memang penuh dengan keserabutan yang amat sangat. Kena buat admission, discharge dan hantar pesakit pergi OR (operation room). Untuk budak baru macam aku memang sangat susah. Tapi, staf tak cukup, baru macam mana pun kena cepat belajar.

Hari ketiga barulah aku dapat jumpa sister dan orientasi. Tapi, aku tetap merasakan semuanya touch n go je.

..............................

Lewat tengah hari tu, sister datang ke kaunter.

"I want everyone to pay to buy new stethoscope yang hilang. Later, I will count and tell you how much to pay," lebih kurang macam tu lah, kata sister.

Terus terang, masa tu aku rasa nak menangis. Kenapa pulak kena bayar duit ni? Aku dah la duit cukup-cukup makan je untuk bulan ni. Belum bayar duit deposit, duit sewa. Makan? Aku dah plan tak nak pinjam duit sesiapa. Kalau boleh biar duit simpanan yang aku ada ni aku guna secukpnya untuk bulan pertama ni.

Alhamdulillah, seorang kawan sekerja cakap, " Takkan lah CP nak kena bayar jugak? Not fair lah. Dia baru je masuk kerja." Lega aku. Aku rasa berterima kasih sangat-sangat.

Esoknya, bila sister mintak duit tu, aku pandang dia dengan muka simpati (hee). Aku buat muka sepuluh sen atau mungkin  lima sen je. Sister cakap, " CP tak perlu bayar." Barulah hati aku lega. Kalau tak memang nak menangis aku.

..................................

to be continued....


p/s: Hari keempat kerja, kena marah lagi.

5 comments:

lynn kamarul said...

mak mama lynn bekerja sebagai jururawat u29 di hsptl klang. tahu gak yg if peralatan yg di bawah tanggungjawab hilang perlu diganti sendiri. heheh susah kan

Chic Na said...

oo mcm tu ek? kalo benda hilang staf kena bayar ganti. nasib baik cP. :)

pha is said...

pergh.. kalau kena bayar.. memang agak naya la...

Iffah Afeefah said...

aik mmg kalo kne bayar

mmg kejam la kan

nur anis said...

macam tu ke rule dia..baru tau..nasib baik cp terlepas dari kena bayar..:)