Pengikut

Thursday, June 7, 2012

Hari-hari seorang jururawat 1

Assalamualaikum warahmatullah

Hari pertama bekerja. Aku menunggu di HR bersama beberapa lagi pekerja baru. Aku seorang je yang dipilih bekerja di wad maternity (wad bersalin dan penyakit wanita). Ye, aku tak berapa minat, tapi, aku juga tak mau terlalu memilih.

Pukul 9 pagi, pekerja HR datang dan bawa kami ambil cap nurse. Seumur hidup aku tak pernah pakai cap nurse. Memang tak reti la nak pakai. Jarum peniti pun lupa bawak. Mujur seorang pekerja baru tu sudi mendermakan kat aku.

Pertama kali, pekerja HR tu pakaikan kat aku. Hehe. Macam budak-budak je rasa.

Masuk wad, sister tak ada. Staff senior tolong bagi orientasi yang tak seberapa. Blurr. Belum tahu apa-apa dah kena tolong buat kerja. Balik lambat pulak tu. 40minit lewat. Baru hari pertama dah kena stayback. Sedih gila masa tu. Dah la tak tak tau buat kerja.

Memang rasa malas nak kerja dah. Macam bodoh sangat. Huhuk. Sistem pun lain, macam mana aku nak tau buat kerja, kan?

.........................

Kena marah? Dua bulan pertama adalah rutin harian aku. Sikit-sikit lupa itu ini. Maklumlah, kalau aku buat salah senior yang kena. Maka,  mestilah diorang marah kalau aku lupa sesuatu benda. Ajar sekali, mesti kena ingat terus. Kalau tak...uhuks.

Menyebabkan orang kena marah? Pernah. Dan aku rasa sangat bersalah. Aku takkan lupa kot. Sebab silap aku ke? Aku tak pasti. Kadang nak jugak kata tak semua salah aku. Kerja sama-sama, kan

Tapi, ada satu kes, kawan sekerja kena marah sebab aku. Kali ni, memang salah aku kot. Sebab aku tak dapat berkomunikasi dengan baik. Masa tu, aku tak berapa yakin diri dan masih segan-segan lagi nak bercakap. Sekarang segan jugak tapi better kot. Heh. Takkan lupa muka dia. Harap dia dah lupakan dan maafkan aku la. Tak lena aku tidur malam tu.

...........................

to be continued........

p/s: sejak kerja, aku semakin memahami Doa Dhuha. Sangat bermakna.


4 comments:

Iffah Afeefah said...

siannye

xpe sume tu pnglaman

Chic Na said...

first time keja kan. takde org yg terus pandai. pelan2 belajar ya cP. kesilapan tu lah yg buat kita jd pandai. nnti terer la tu. :)

deno said...

la.. baru excited nak tahu cerita bersambung rupanya..

pha is said...

sabor je la... saya ada adik sdg amik diploma kejururawatn. tak tau la mcm mana jadi kat dia.. hehehe