Pengikut

Monday, June 25, 2012

Mengidam nak makan sotong~

Assalamualaikunm warahmatullah.

Korang mesti pernah dengar tentang bayangan ngeri tentang makanan hospital kan? Tawar. Tak sedap. Makanan orang sakit dan sebagainya.

Sepanjang aku belajar dulu, aku tak rasa langsung makanan hospital tak sedap. Sebab kat tempat aku belajar, banyak tempat makan. Semua makan sedap je. Banyak pilihan. (Aku suka cuba makan macam-macam).

Tapi, sejak aku kerja...

Aku sudah memahami maksud "makanan hospital". Now I get it.

Tak bersyukur la pulak. Bukan apa, aku rindu nak makan sotong, udang, ketam dan pelbagai jenis ikan. Menu kat cafe hospital ni, sama je setiap hari. Masa mula-mula memang rasa sedap la, sebab style masakan Cina.

Cuma, perkara yang paling aku suka, kat sini banyak sayur. Suka! Hehe.

Kalau pesakit, menu setiap hari berbeza. Lagipun, menu adalah khas untuk setiap wad. Macam best kan? Tapi, untuk pekerja macam kami ni...Err.. Dah la tak ada tempat lain nak makan.

"Kalau tak silap aku, cara Nabi s.a.w, kalau tak suka sesuatu makanan, jangan cakap tak sedap, letak je tepi, jangan makan. Kalau sedap, makan je la."

Dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah mencela setiap makanan (yang dihidangkan kepadanya), tetapi jika ia menyukainya akan dimakannya. Sebaliknya, jika tidak, Nabi s.a.w. akan meninggalkannya (tanpa memperlihatkan ketidaksukaannya).” - (Muttafaq'alaih)

Aku? Aku makan je kalau dah beli. Nak jumpa makanan halal bukan senang kat sini. Kawasan banyak non-muslim. (Rasa macam duduk oversea pulak)

p/s: Dah plan, bulan puasa nak masak sendiri. Boleh kasi masin-masin sikit. Hak hak. Lapar-lapar, dapat makan lauk tawar.. Err..sedikit tak seronok. Mungkin nutrisi yang diperlukan tak cukup kot. (Memandai)

No comments: