Pengikut

Monday, June 18, 2012

Obstacles~

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari Sabtu hari tu, aku kerja shif pagi. Hari Ahad pulak day off. Abang aku ajak balik kampung. Maka, dengan suka hatinya, aku pun setuju je la.

Abang aku suruh pergi tempat kerja dia. Dia balik pukul 5.30pm. Aku pun plan perjalanan aku supaya aku sampai tempat kerja abang aku sebelum abang aku balik. Senang sikit, dia boleh balik dan terus ambik aku kat stesen kereta api tu.

source: Google

 Mula-mula, aku kena ambil teksi. Aku tahan la satu teksi ni. Aku cakap nak ke stesen A. Bila aku dah masuk, teksi jalan, dia tanya, kenapa tak ke stesen B? Lagi dekat. Aku cakaplah, aku nak ke stesen A. Tiba-tiba, dia cakap dia akan hantar aku ke sebuah stesen teksi, suruh aku ambik teksi dekat sana.

Aik? Aku cakaplah, kalau dia tak nak hantar kenapa tak cakap awal-awal. Dia boleh berdolak dalih kata lagi dekat kalau ambil teksi dari sana, dia nak isi gas bla bla. Dia tinggalkan je aku kat tepi jalan, aku turun tak sempat tutup pintu dia dah jalan. Kalau aku tak sempat jejak dua-dua kaki, memang jatuh lah. Mujur tak mintak bayar. Terpaksa tahan teksi lain.

Source: google


Aku naik LRT sebelum naik KTM kat stesen D. Sebab LRT cepat sikit. Lepas tu, aku ke KTM. Aku beli la tiket ke tempat kerja abang aku. Masa tu belum pukul 5pm pun. Tunggu punya tunggu, train yang datang cuma train ke arah rumah abang aku. Aku tunggu jugak lagi. Tengok jam dah 5.30pm, aku telefon abang aku. Dia dah habis kerja. Aku pun pergi beli tiket lain ke arah rumah abang aku.

Tunggu kejap je, train dah sampai. Aku fikir, jap lagi sampai la aku ni. Tapi, dah ditakdirkan, kat satu stesen ni, train tu berhenti. Lama je pintu tak tutup-tutup. Tiba-tiba, pemandu train tu lalu kat luar train beritahu supaya turun dan tunggu train ke arah destinasi yang aku nak tuju.

Pulak dah. Kat depan train tulis nak ke stesen T tapi, tak terus ke sana pulak. Aku dah tak seronok la sebab abang aku dah tunggu.

Akhirnya, nak dekat pukul 6 jugak la baru train tu sampai. Aku pun tak ingat pukul berapa aku sampai kat stesen T. Aku telefon abang aku, dia kata suruh tunggu kat seberang jalan. Aku tunggu la. Beberapa minit jugak lah. Tak lama lepas tu, abang aku telefon, dia suruh aku jalan ke depan sikit lagi. La.. Rupanya, dia dah lama tunggu kat situ sambil makan cendol. Tak beritahu aku pun.

Akhirnya, lepas maghrib baru la kitorang gerak balik ke kampung.

Masa tu, aku geram jugak lah. Apa lah punya pemandu teksi tinggalkan aku kat tepi jalan macam tu je. Makin mahal tambang aku. Selalu tak sampai RM7. Aku tau la mana jauh, aku dah selalu naik teksi ke stesen tu. Dapat pulak, train tak sampai-sampai bila aku dah beli tiket.

Source: Google

Tapi, bila aku fikir balik. Ini lah hidup. Kadang kita dah rancang dan tau matlamat kita, tapi, ada sesuatu berlaku kat tengah jalan yang buat kita lambat sampai pada matlamat tu. Kadang, kita dah tetapkan jalan dan matlamat kita, tapi, akhirnya, kita terpaksa buat pilihan atau jalan lain.

p/s: hidup ini tak mudah. Kita asyik buat kesilapan sampai kita rasa sangat  lemah dan tertekan. Tapi, kita kena jugak menghadapi semua cabaran tu dan belajar lagi dari setiap kesilapan.

Kadang kita asyik ulangi kesilapan yang sama, kita kena belajar untuk jadi lebih tabah dan teliti serta bertindak lebih bijak. Yang penting, letakkan hati kita dalam segala hal yang kita kerjakan. Mungkin, dengan cara itu, kita akan lebih fokus dan kurang lakukan kesilapan.

Hakikatnya, aku dah buat salah lagi. Aku cuba untuk beri cadangan, tapi, cadangan aku tak diterima. Mungkin aku lebih suka mengaku dari mengelak dan mencari penyelesaian, tapi, orang lain lebih suka supaya kesilapan itu tersimpan rahsia. Kalau terbongkar, terima aje lah padahnya. Hmm..

5 comments:

Iffah Afeefah said...

sabarla

hidup ni xsmua bjalan spt kite rncng

kaki bola said...

people learn from mistake.;)
most important,don't forget the past,learn from them.

Chic Na said...

dugaan.. :)

Yana Libra said...

bnayk tul dugaan kan..sabarlah~ :)

Deru Ombak said...

A real obstacle. Smile jgn kusut.

:)