Pengikut

Monday, July 2, 2012

Few things around~

Assalamualaikum warahmatullah

1. Sotong sumbat masak sambal.

Haritu balik kampung lagi. Dek baru lepas gaji dan keteringinan yang amat sangat, aku ajak abang aku ke pasar Pasir Penambang beli sotong. Sotong saiz sederhana, sekilo RM17. Haha. Beli la sekilo. Aku mulanya tak tau nak masak apa. Abang aku la yang bagi cadangan, buat sotong sumbat pastu masak sambal.

Alkisahnya, abang aku bayangkan aku masak sambal yang pekat tu. Tapi, aku ni tak la pandai sangat masak, jadi sambal berkuah pulak. Haha. Terlebih air sudah.. Mujur sedap je. Cuma, abang aku cakap, kurang masin. Masa rasa tu aku rasa macam dah masin, diorang cakap tak masin pun. Lagi satu, aku terlupa langsung nak masukkan asam keping. Haha. Sayur nangka masak lemak aku pun tak masin.

Abang aku cakap, aku dah lama sangat makan masakan hospital yang tawar, sebab tu aku rasa masin je walaupun tak masin makanan tu.

Puas hati!

2. Isqandar

Kesian je bila balik sini kena curi-curi. Sebab, kalau Is nampak kitorang balik mesti dia nak ikut. Malam tadi pun, aku beralih dari belakang dia, makan murtabak beli kat pasar, dia merengek suruh aku duduk dekat dengan dia. Alahai, rindu la tu. Dia pun baru je balik, tak jumpa pagi tu. Balik kampung sana.

3. Teringin nak jumpa kawan sangat-sangat.

Aku teringat kat kawan-kawan rapat. Rindunya lah. Langsung tak berpeluang jumpa lagi. Teringin sangat nak bersuka-suka, bergelak ketawa, berbual panjang dan merepek-repek. Kalau dapat pergi vacation dengan member-member, bestnya.. Apakan daya, masa tak mengizinkan. Shif kemain lain-lain je.

p/s: Pernah tak rasa teringin nak jadi cantik/hensem? Teringin nak bergaya dan jadi lawa? Haha. Pelik. Selama ni aku suka gaya sempoi. Macam tak nak mengaku dah jadi wanita dewasa. Identity complex betul la.


Guess who?

4 comments:

Cik Nur said...

biar xmasin masakan tu, kalau masin nanti darah tggi pula.hihihi

Chic Na said...

ok jugak tu kalau tak suka masin. baik utk kesihatan. hehehe..

pict tu mesti pict cP kan? time baby dulu2. hihi.. kiut ape. ;)

Hidayah Maznan said...

sotong sumbat jadi sambal berkuah pulak.hehe.. sedap tau cp sotong sumbat tu.. try lah buat nanti..
hm, bila dah keje shift ni memang susah nak jumpe kawan2.. asyik keje keje keje je..
pic last tu cp time kecik2 eh?? :)

pha is said...

sotong sumbat.. penah dengar tapi tak pernah lagi rasa.. hehehe