Pengikut

Tuesday, July 3, 2012

Aku Pun Tau Marah~

Assalamualaikum warahmatullah

Seperti yang aku dah war-warkan sebelum ni, aku selalu dah kena marah bila buat silap. Dan perasaan tu adalah, malu dan serba salah.

Tapi, aku jugak selalu je terjumpa silap orang lain. Aku tak tau macam mana nak tegur. Kalau sesama junior, aku boleh cakap je kat orang tu, "ini tak lengkap, ni silap" atau apa-apa. Tapi, bila dengan senior, aku jadi berat mulut. Susah nak cakap.

Kalau aku cakap pun, dia akan kata, "alamak, silap. Lupa." Atau, gelak-gelak je. Entahlah.

Kadang rasa macam not fair jugak. Bila aku tak sempat lagi nak settle kerja pun kena tembak. Silap sikit, kena tembak dan marah bukan main. Entah. Bila kena marah bukan aku buat silap, atau tanpa usul periksa, memang sakit hati la jugak. Sedih kot kena marah depan orang bukan silap kita.

Bila orang dah tolong buat report, ada yang tertinggal, aku tambah je kat report. Tapi, kalau aku yang tertinggal, ada jugak yang nak cakap, "cp yang buat". Then? Lain kali aku tak payah tolong la.

Sekarang dah tukar sistem. Macam hospital kerajaan. Setiap orang ada in charge patient masing-masing. Maknanya, full nursing care kena buat. Diorang nampak tak suka terutama masa pass report. Lambat. Entahlah. Tak boleh ke kita just follow the rules? Tak payah nak sikit-sikit kata itu ini. Boring lah.

Tak boleh ke, kalau buat kerja tu relax dan tenang je? Tak payah nak argue macam-macam. As long as kita tak buat benda yang salah dan membahayakan, cukuplah. Nak buat perubahan mula-mula memang lah susah, tapi, kalau kita tak mula buat, sampai bila pun tak ada apa akan jadi.

Entahlah. All I can do is write in here. I can't speak out my view yet.

Aku cuba tolong sebab aku faham perasaan kena marah dan buat silap, tapi, aku harap orang akan tolong aku jugak lah. Sebab kita sama-sama masih belajar. Senior macam mana pun, hari-hari kita sepatutnya belajar sesuatu kan?

p/s: Salah ke aku luahkan kemarahan dan ketidakpuashatian kat blog ni ye? Adakah ini dikira aku tak mampu menahan marah? Tapi, aku tulis bukan dalam keadaan marah, aku sedikit terkilan.

13 comments:

Iffah Afeefah said...

X. Blog tu juga terapi jiwa. Jd awk bole luahkan tp jgn smpai aibkn die y dicitekn. Amik pngjaran

.........cP~ said...

:) Thanx iffah. Sebab kita diam je apa pun orang buat, sampai hati ni rasa geram jugak la lama-lama. hehe.

dyabunga said...

ni kan blog cp..terserah cp nak luahkan kemarahan atau x kan?hihi

NoorVictory said...

Xpa la. Yang penting kita xbuat kat org laen. Kita berusaha tahan diri dari marah, dari cakap kasar2 dgn org, Allah tau semua tuh. Allah will reward you for your patience, dear.;)

Rara Nasiha said...

kadang-kadang berterus terang tu lagi better dari mendiamkan diri je. tetapi secara berhemah la. kalau tak orang pijak kepala dear .

sitiezahim said...

saya suka jugak baca luahan hati orang kat belog. bukan apa, sesetengah orang suka tulis yg baik2 aja sedangkan benda2 yg kurang baik tu boleh kita jadikan pengajaran kan..? semoga cp tabah dan sentiasa sabar menjadi sorang nurse :D

Chic Na said...

itula.. kesalahan org lain terus nampak, tp bila sendiri buat salah boleh buat xtau je. rasanya cP kena lebih tegas kot dgn diorang.

Adylia Qarissa said...

luahkan kat sini kerna menaip mampu mengurangkan amarah tu :)

Hidayah Maznan said...

sy paham perasaan cp.. mesti tension je kan. kadang2 takut nak keje sebab dapat senior yg pelik2.. apa yang sy boleh kata, kita masih baru jadi harus bersabar dgn cbrn keje.. semua org kena melalui peringkat ni.. tabahkan lah hati ye cp :))

kaki bola said...

biaselah tu.sifat manusia tak puas hati dgn org lain.kena tahanlah. jadi junior memang selalu kena camtu. act, blog medium terbaik untuk meluahkan baru lega sikit.

Cik Nur said...

sabar ye Cp... sebenarnya cp dapat belajar sesuatu tau dari apa yg cp sedang alami..

Deru Ombak said...

Nature of works derive into different environment. It's a high time to adapt yourself into it.
Banyakan sabar, sebab kerja cP berdepan dengan pesakit juga rakan sekerja.

New Hope said...

salam,

kadang2 u kena luahkan

KLIK MATRIKULASI DAN PELAJAR PANDAI