Pengikut

Thursday, July 5, 2012

Serba Salah.

Assalamualaikum warahmatullah


Aduiyai. Dirundung rasa serba salah walaupun dah buat keputusan.

Tadi, (tengah sedap lena di kala petang- penat..haha) tiba-tiba menerima panggilan telefon dari hospital. Dengar suara senior staf yang incharge wad. Mula-mula berdebar jugak. Ingat ada buat silap apa-apa ke. Rupanya, dia nak mintak aku buat shif malam dekat nursery. Punya la susah nak tolak. Aku penat. Lagipun, esok janji nak keluar dengan kawan aku dah.

Aku tolak tanpa alasan walaupun berat hati.

Lepas tu, tak sampai lima minit dapat call lagi. Kenapa pulak? Aku ingat nak mintak jugak aku buat malam. Kalau dia telefon lagi untuk buat malam ni, kemungkinan besar aku setuju je. Tapi, rupanya nak mintak aku buat shif petang esok. Seorang staf nak cuti sebab mak dia masuk hospital. Terus terang, kalau bukan sebab dah janji dengan kawan aku, aku setuju je. Kesian jugak. Tapi, dah janji dulu.

Aku tolak dengan teragak-agak beralasankan dah janji dengan kawan.

Aku mesej tanya kawan aku, jadi tak nak keluar. Jadi. Tapi, dia ada jugak cakap, kalau ada kerja tak apa. Mestilah tak boleh. Aku dah janji.

Entahlah. Dah tolak dah pun. Harap-harap ada la orang ganti dia. Yang malam ni tu, sebenarnya adalah peluang nak belajar kat nursery, tapi, nanti aku ngantuk, esok nak keluar macam mana?

Harap-harap ada orang ganti.

Bukan tak nak tolong...First come first serve lorr..

p/s: Mereka kata saya terlalu lembut hati dan tak pandai bertegas. Sebab tu senang kena buli. Tapi, dengan staf lebih senior dan lebih tua, macam mana nak bertegas tanpa dikata kurang ajar? Tak reti la.

4 comments:

pha is said...

kalau dah buat keputusan, tawakkal je la... kalau tak sampai bila pon dok asyik tak sedap hati..

kaki bola said...

susah jadi doctor ni.tapi ape nak buat.sabar je lah.

Mrs Velentine said...

xpe kita dh jnj dgn org lain..kena tepati

Chic Na said...

janji mesti ditepati. :)

err contohnya kalau bukan memang kesalahan cP, berterus terangla dgn diorang. terangkan dgn tenang, tak perlu marah2. harap2 mereka faham. :)