Pengikut

Thursday, August 9, 2012

Terbalik kampung dan satu lagi kelahiran :) ~

Assalamualaikum warahmatullah...

Aku baru balik dari kampung. Cuti sehari je sebenarnya, tapi sebab hari ni shif malam, sempat lah.

Semalam, aku pergi ke Hospital Sungai Buloh tengok kakak ipar dan anak buah baru aku (Muhammad Iqram Daniel). Asalnya, mereka cuma boleh balik esok, tapi, tiba-tiba je doktor baby kata dah boleh balik petang semalam. Dek tak ada sesiapa nak pegang baby, aku kena la ikut balik kampung untuk pegang baby. Mujur dia tidur je sepanjang perjalanan.

Memang dia tak banyak merengek. Hari ni, mereka balik Pahang. Maklumlah nak dekat dah raya, rumah sana tak habis kemas lagi. 

Isqandar mula-mula malu-malu tengok acik Alin dia dengan baby, lepas tu..sibuk nak pegang je. Pagi-pagi bangun terus cakap nak tengok adik. Excited la pulak dia. Lagipun, mesti dia rindu dengan acik Alin dia. Seminggu jugaklan acik Alin dia duduk hospital. Tapi, nak buat macam mana, lepas ni tak boleh la nak menyendeng-nyendeng dah. Acik Alin dah ada baby. Kekeke.

Dan satu lagi berita, Alhamdulillah. Malam tadi kawan aku Jijah dah selamat melahirkan seorang puteri. Dia berpantang kat Pantai Timur la nampaknya. Cuti 3 bulan pulak tu. Boleh raya puas-puas la. Hehe.

p/s: Dapat interview SPA hujung bulan 9. Suka tapi berdebar-debar. Doakan aku, ye. Harap-harap dapat kerja dekat hospital yang dekat dengan rumah abang aku. Tak payah nak fikir rumah sewa dah. Kat situ pun senang sikit nak cari makanan. Nak masak pun boleh. Shhh..Jangan sampai kawan-kawan sekerja aku tau, tau?

5 comments:

Iffah Afeefah said...

wahhh smpat lg membalikkan diri eh

Cik Nur said...

alhamdulillah, perkhabaran baik semuanya..!

jgn takut2..selamat berinterview.. :)

SyaquineSyaqina said...

Good luck untuk interview nanti.. banyak masa tu untuk buat persediaan..buat yang terbaik tau.. :)) InsyaAllah kalau ada rezeki mesti dapat punya..yang penting jangan gemuruh

Choki said...

Saya dulu sronok ak masa dpt Kaisan dgn Ariq..COMELLLL XD Hmm..Kalo akak x nk kwn2 tau,dh akak letak kat blog ni nnt diorg x amik tau ke? O___o"

.........cP~ said...

Kawan sekerja saya tak tau pasal blog ni..kekeke