Pengikut

Saturday, September 1, 2012

Dah sampai masa?

Assalamualaikum warahmatullah..

Haritu, buat persiapan untuk pertunangan abang aku yang ke-3. Tiba-tiba,

"Lepas ni CP pulak," ujar salah seorang makcik.

Senyap.

"No comment," tu je yang mampu aku cakap.

"Kenapa pulak? Dah sampai masa dah. Kena la ada," ujar seorang lagi makcik.

Cuma mampu senyum.

"Umur berapa?"Tanya seorang lagi makcik." Sebaya EP ke? EP dah nak kahwin dah."

Mana ada sebaya? Aku 24, dia 25 la. Dia lelaki. Err..

"Umur dah 24? Macam budak-budak je lagi," tiba-tiba seorang makcik cakap.

Maksud? Aku nampak muda? Aku berperangai macam budak-budak? Atau?

Aku rasa aku matang je walaupun aku ada sedikit perangai budak-budak. Dan soal kahwin..aku ada banyak benda nak buat lah. Banyak sangat. Bukan kahwin ni macam kutip barang tepi jalan atau beli barang kat kedai, kan?

Alahai. Inilah nasib bila abang-abang dah mula mendirikan rumah tangga. Jadi bahan la lepas ni. Aish..

p/s: Teringin nak tukar jadual harian yang membosankan ni. Kerja, makan, tidur. Kalau la boleh berbasikal ke, skipping ke, menari ke (hah??), apa-apalah yang boleh gerak-gerakkan badan ni kat seronok. Dapat main badminton pun mesti seronok. Huhu..

3 comments:

Iffah Afeefah said...

ape salahnye

de calon xbaik lengahkan hehe

Everything's Everythings said...

hak2 slalunya ckp org tua tu masin org kata xD

kay_are said...

betul2.. kawin bukan senang macam tengok kamen rider kat cd box tu.. tambah laki, mease kawin memang r best.. pastu kalau tak prepare betul2, pas kawin.. takkan nak bagi bini makan pasir kot ye tak?