Pengikut

Thursday, September 20, 2012

Nilai Seorang Hamba: Aku dan Duniaku~

Assalamualaikum warahmatullah..

Prof Muhaya kata dalam Forum Perdana Ehwal Islam:

"Aku dan duniaku.."

Sejauh mana aku fikirkan isu Palestin? Sejauh mana aku fikirkan isu Rohingya? Sejauh mana aku fikirkan isu saudara-saudara seagama aku?

Hari-hari aku rungutkan soal kerja. Hari-hari aku rungutkan perangai orang. Hari-hari aku cuma tahu merungut.

Sejauh mana aku fikirkan tentang keluarga aku sendiri?

Prof Muhaya kata lagi,

"Mulakan kerja dengan niat, kerana Allah.."

Sejauh mana aku benar-benar niat kerana Allah? Apa niat aku? Kenapa hari-hari ada terlupa pada Dia? Kalau betul berniat pada Dia, kenapa masih leka, dan tak amanah? Kenapa masih ada rungutan?

Aku yang tak cukup kuat..

Hmm...

p/s: Doakan la saya ditempatkan di tempat yang buat saya lebih ingat Dia..Amiin....Lagi 8 hari nak interview SPA..

3 comments:

Iffah Afeefah said...

erm payah gak nk ikhlaskan diri ni

papepon sy doakan y terbaik

Mrs Velentine said...

ehm niat nak buat keja 2 penting..& menentukan hasil kerja kita

Mohamadazhan.com said...

membina hati lebih sukar dari binaan konkrit luaran. terus usaha insyallah =)