Pengikut

Monday, February 18, 2013

Tertukar kad pengenalan!

Assalamualaikum warahmatullah~

Tadi aku pergi ambil ujian memandu komputer. Hee. Akhirnya...

Alhamdulillah lulus. Berdebar-debar aku. Aku buat dengan sangat cepat dan tak fikir sangat pun. Cuma kat hujung-hujung je aku tak dapat nak jawab sikit.

Bila dah siap tu, aku tunggu masa tinggal lagi 10minit baru aku klik hantar. Takut tak lulus.

Lepas dah siap tu, aku keluar la. Aku letakkan kad pengenalan pada kerani kaunter tu. Tunggu sekejap.

Tak lama tu nama aku dipanggil. Aku ambil salinan keputusan ujian aku dan kad pengenalan dan kami balik rumah.

Pukul 4 tadi aku dapat panggilan telefon, auntie (cikgu memandu) tanya aku, aku dapat kad pengenalan yang betul tak. Haih? Aku pun tengok semula, alamak! Bukan kad pengenalan aku!

Adui. Aku pun tak periksa betul-betul. mungkin sebab gambar orang ni pun pakai tudung hitam, sama ada Siti kat depan, dan nombor IC dia mula dengan 89, aku pula 88, tak jauh beza pun.

Err.... Auntie kata nak datang hantar IC aku dalam pukul 5petang, tapi sampai sekarang tak datang-datang lagi. Huhu. Apa la cuai sangat aku ni?

p/s: Lain kali kena periksa apa-apa dokumen atau urusan yang kita buat.

4 comments:

Iffah Afeefah said...

slmt kol

kalo x melayang duit nk wat ic br

Eza Boom Boom :) said...

kalau dia tak antar, kena lah cp pergi sana ambik. Huhu.

.........cP~ said...

hee..mujur la perasan. kalau lambat, nak buat urusan apa-apa tiba2 tak ada IC..huhu..nangis..

sitiezahim said...

tahniah cp..dah bermula langkah nak ambik lesen..hehehhe