Pengikut

Saturday, July 7, 2012

Datang terasing, berakhir terasing~

Assalamualaikum warahmatullah

"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil"
(Hadith Muslim)

Nampaknya, semua ini semakin jelas dapat dilihat. Aku sendiri merasa tempiasnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa, tetapi aku terkejut juga bila ada yang bergurau senda tentang agama. Tanpa segan silu mengaku meninggalkan perintahNya. Malu sudah semakin hilang.

Malu dengan manusia yang zahir di depan mata pun tak ada, inikan lagi dengan Allah yang tak nampak di mata.

Aku sangat khuatir akan persekitaran ini. Aku sendiri masih belum cukup ampuh dan kukuh. Aku takut semua akan jadi biasa dan aku turut terbiasa.

Asing bagi orang yang mendirikan solat. Asing bagi seseorang itu berusaha menutup aurat. Asing bagi seseorang itu tidak berpakaian ketat.

Jadi bahan gelak ketawa.

Sesekali, ingin saja aku bersuara, tapi, apakan daya. Iman aku masih sekadar menegur di dalam hati. 

Ingin sekali aku suarakan, "kalau pun kamu tak buat, berilah ruang untuk aku tunaikan apa yang aku yakini sebagai tanggungjawab aku."

Cabaran seterusnya adalah amanah. Ia adalah sesuatu yang makin punah. Aku sendiri terbayangkan betapa beratnya tanggungan dan hutang aku nanti di akhirat. Terpalit sama dalam kerja orang lain. Walaupun selalu juga aku cuba mengelak, tapi, ada beberapa ketika, aku perlu mengisi tempat kosong. Berdosanya.

Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi keterasingan dan menjadi asing.

p/s: Dari awal hingga kini, masih menimbangtara, sampai bila aku akan berada di sini?

Friday, July 6, 2012

Going Out!

Assalamualaikum warahmatullah

I'm going out! And I'm not alone today. I'm going out with a friend from uni. Never went out together yet since I start working.

Wee..

Loner? Yeah. I'm a bit of loner that I get so excited of going out with a friend. Who care?

I wish I could enjoy and have a little bit of fun. Forget about work!

p/s: When it comes to holiday, you just feel like having a holiday forever. Don't want to go to work anymore. Haha.

Bila terasa susah baru ingat Allah~

Assalamualaikum warahmatullah

Pernah tak? Bila kita tiba-tiba merasa susah atau ditimpa masalah, kita mula mencari di mana silapnya semua ni?

Sampai satu saat, kita mula berfikir. Mungkin kita lupakan Dia. Mungkin kita ada buat dosa tadi. Atau semalam, atau kelmarin.

Ada orang kata, inilah manusia. Dah susah baru nak ingat Allah. Ye, memang ada manusia macam tu. Cumanya, macam mana perspektif kita pada perkara ni boleh mengubah segalanya.

Cuba bayangkan orang yang ditimpa masalah, tapi masih tak juga ingat dan kembali pada Allah. Malah, terkadang sampai dia menyalahkan takdir. Makin jauh.

Bersyukur bila ditimpa musibah dan ambil ia sebagai peringatan. Mungkin kita ada terleka dalam sibuk mengejar kehidupan.


Biarlah orang kata kita dah susah baru ingat Allah daripada kita tak ingat-ingat langsung kan?

Tapi, sebaiknya dah sekali diperingat jangan ulangi kesilapan dan baiki diri. Khuatir nanti, kita dah tak diperingat dah, atau hayat kita sudah sampai hujungnya bila mana cuma tinggal azab seksa jadi pembalasan semua kelekaan kita.

Aku akui, aku masih juga ulangi beberapa kesilapan sama. Islam sudah kembali asing. Itu je yang mampu aku simpulkan dalam dunia aku sekarang.

p/s: Mencari-cari aktiviti selain kerja untuk aku lakukan. Tengok abang aku berbasikal, macam nak jadi geng basikal jugak. Haha. Cadangan? Kalau aku ada lesen dan kenderaan, segala macam forum pun aku sudi nak join. Tak betah hidup macam ni. 

Cakap pasal lesen, abang aku dah bagi hint suruh aku ambik lesen sesegera mungkin ni..Hee