Pengikut

Thursday, January 3, 2013

Dah tak boleh duduk diam~

Assalamualaikum warahmatullah...

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa tahap adrenaline aku memuncak la. Aku dah tak betah duduk diam dalam rumah. Cuti je, aku keluar. Cuti je, aku rasa nak keluar. 

Aku rasa nak involve dalam banyak aktiviti, tapi, tu lah. Aku tak ada lesen, tak ada kenderaan. Susah lah kalau aku nak involve dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan aku bergerak ke sana sini. 

Aku rasa nak join MERCY, nak join Aman Malaysia, atau apa-apa je.

Berangan!

Kerja je. Mana ada masa nak involve dalam semua tu. Sikit-sikit kena kerja double. Nak cuti pun susah. Huhu. Dalam mimpi la. Mungkin bila aku dah banyak duit sikit nanti, boleh la aku luangkan masa untuk kerja-kerja macam tu.

Hmm. Tapi, aku ada fikir nak habiskan cuti tahunan tahun lepas untuk bercuti ke, berkelah ke, camping ke, jungle trekking ke. Nak berjalan-jalan melihat alam.

"Berjalan-jalan melihat alam,
ciptaan Tuhan,
di langit, dan di bumi.."

Agak-agak ada tak kawan-kawan aku yang nak pergi aktiviti macam tu?

Tak tahan la duduk dalam kotak empat segi (bilik) ni!

p/s: Bila entah nak ambil lesen ni. Buku peraturan jalan raya tu dah jadi pekasam. Ngantuk je bila fikir buku. Aku shif malam sekarang ni.



Tuesday, January 1, 2013

Saat Kelahiran = Kematian~

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini 1 Jan 2013. Aku kerja dua shif (lagi).

Siang sangat sibuk, dan pada petangnya...aku menyaksikan kelahiran kandungan 20minggu lebih. Oh, tak, lebih tepat lagi keguguran secara spontan.

Aku saksikan depan mata semasa bayi kecil tu masih bergerak masa dia keluar dari rahim ibunya. Aku saksikan dia masih cuba bernafas dengan tali pusat masih utuh berpaut pada uri yang masih berada dalam rahim ibunya.

Hampir setengah jam, aku kira usianya bila dia menghembuskan nafas terakhir.

Aku rasa macam..aku tak mampu buat apa-apa. Memang kandungan tu sudah disahkan doktor berisiko tinggi dan kemungkinan besar tidak mampu bertahan. Si ibu menahan sakit dan menahan tangis.

Dan aku cuma mampu berdiri di sebelah mendengar keluhan. Aku tak belajar kebidanan, aku tak mampu buat apa-apa selain mengawasi apa yang perlu.

Aku ada jugak terfikir, bayi pramatang terkecil di dunia yang selamat umur berapa? Agak-agak boleh tak bayi tu cuba diselamatkan? Letak dalam incubator?

Rasa bersalah pun ada. Tapi, semua tu di luar bidang kuasa aku.

Search result: Bayi pramatang termuda yang berjaya hidup.

Kalau teknologi kat Malaysia secanggih kat sana mungkin boleh la selamat. Semuanya takdir. Ambil iktibar, kerana ajal ditentukan Allah.


Monday, December 31, 2012

Masa yang terjual~

Assalamualaikum warahmatullah..

Berapa banyak duit kita dah dapat dengan menjual masa kita? Kita kerja, gunakan masa. Kita sibukkan diri dengan mencari wang ringgit. 

Kawan minta tolong buat kerja dia, dia beli masa kita dengan wang ringgit. Tapi, berapakan nilai ringgit tu?

Kita sibukkan diri, kita kata kita masih muda, masa ni lah nak kumpul harta. Dengan kudrat yang ada, dengan komitmen yang kurang berbanding orang lain, kita jual masa kita untuk wang ringgit.

Kita beri alasan pada diri, tolong kawan, tapi niat dalam hati memang nak cari duit lebih. Kita nak pergi solat, tapi terlintas dalam fikiran, kerja tak siap lagi. Kalau tinggalkan kerja, kawan susah.

Membuat pilihan terasa susah. Masa yang satu nak diguna untuk perkara beribu.

Tapi, soalnya, berbaloikah masa yang terjual? Berapa nilai wang ringgit yang kita dapat? Sampai mana dapat kita bawa?

p/s: Niat di hati nak cakap dengan teman-teman sekerja, tolonglah jangan asyik beli masa saya dengan wang ringgit. Aku rasa macam orang gila harta bila setuju tolong buat kerja bila orang tawarkan dengan wang yang tak seberapa- nilai yang jauh lebih rendah dari masa yang lebih berharga.