Pengikut

Monday, February 27, 2012

Pernah tak korang macam ni? Habit atau...?

Assalamualaikum warahmatullah..

Aku nak tanya, korang pernah tak alami dan melakukan perkara ini?

Korang beli makanan,


Korang beli tak la banyak-banyak ikut nafsu pun. Sikit je. Kalau tempat yang selalu nasik penuh tak hengat, korang mintak separuh. Kemudian, korang makan. Bila makanan dah jadi takat ni,


Tiba-tiba korang dah kenyang. Makanan tu tak semestinya nasik pun. Macam, bila dah sikit sangat, sekali dua suap je lagi nak habis dah rasa tak larat nak makan. Memang rasa tak larat nak makanlah.

Bila fikir membazir, telan je lah jugak. Tapi, kan tak elok makan terlebih kenyang. Ke nak kena fikir camne?

Pernah alami? Macam mana nak atasi?

p/s: Banyaknya nyamuk hujan-hujan ni. Teringat kisah nyamuk dengan raja namrud.

Tiba- tiba nak bagi freebies~

Assalamualaikum warahmatullah

Malam semua? Tengah buat apa tu? Mestilah tengah baca blog ni, kalau tak, korang takkan tengah baca sekarang. Erk. Merepek. Bajet nak jadi gadis ceria. Awkward..

Ok lah. Kembali ke niat asal. Aku nak bagi freebies. Aku tengok ramai orang kasi freebies doodle, aku pun nak kasi jugak. Maklumlah, aku ni kerja ikut je apa orang buat. Haha. Ada untuk lelaki, dan ada untuk perempuan. Siapa-siapa nak ambik je lah. Tak payah beritahu. Aku isytiharkan doodle kat bawah sebagai hak awam. Okay?

Blogger Boy~



Blogger girl~


Okay tak? Aku saja buat dia color putih tau. Korang boleh colorkan ikut rasa hati edit ikut suka. Tulisan blogger tu contoh je. Padam dan tukarkan apa-apa saja yang korang nak.

Dah, tak nak bebel panjang. Enjoy. Eh, aku buat latar belakang transparent, kalau dah edit, save as png format ye?

p/s: Hari ini penat blogwalking je. Hehe.

Sunday, February 26, 2012

Cik ke Puan?

Assalamualaikum warahmatullah

Masa aku dalam bas nak balik kampung selepas interview haritu, aku mendengar radio yang dipasang pemandu bas. Radio berbahasa Cina- kantonis.

Isu yang dibincangkan adalah tentang panggilan Miss dan Mrs untuk wanita sedangkan lelaki tetap dipanggil Mr tanpa mengira status perkahwinan. DJ wanita radio tersebut cuba membangkitkan isu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap panggilan tersebut.

Kenapa perlu ada perbezaan? Lebih-lebih lagi kaum Cina, perempuan yang telah berkahwin dipanggil mengikut nama keluarga suami.



Beberapa pemanggil memberi pendapat.

Pendapat 1: (lelaki)

Kat Malaysia ni memang banyak sangat panggilan. Bukan setakat Miss, Mrs, Mr malah juga Tan Sri, Dato', dan sebagainya. Memang orang Malaysia suka dengan pangkat dan panggilan macam ni. Tak macam kat negara luar, tetap Mr, Mrs, Miss (keluar dari topik tapi ada isi).

Pendapat 2: (lelaki)

Memang susah nak panggil. Kenapa nak kena ada beza untuk wanita? Kalau salah panggil marah pulak. Contoh:

A: Boleh saya tau nama cik?
B: Puan.
A: Oh, puan.

C: Boleh saya tau nama puan?
D: Cik.
C: Maaf, cik.

Pendapat 3: (wanita)

Tak kisahlah ada beza. Lagipun pelik kalau dah kahwin tapi masih panggil cik.

Pendapat 4: (wanita)

Biasa je. Tak ada apa-apa rasa tak puas hati. Kalau dah kahwin panggil saja lah puan. Kadang-kadang kita rasa lebih seronok kerana dah bergelar puan.

Kemudian, DJ lelaki tambah lagi, mak dia sendiri minta kawan-kawan panggil dia Miss dan guna nama keluarga sendiri, tak gunakan nama keluarga suami.

Mungkin sebab panggilan ini dah jadi perkara biasa, maka, apabila gelaran seperti ini digunakan, kita rasa biasa je. Dari dulu memang orang guna macam tu, mestilah tak rasa pelik dah kan?

Apa pula pendapat korang? Ada rasa diskriminasi ke (perempuan)? Menyusahkan ke?

 p/s:

1. Esok Isnin. Adakah aku akan mendapat panggilan buat medical check up? Atau adakah akan ada lagi panggilan interview? Berdebar.

2. Aku asyik terbayang dan teringat suara Indah. Masih rindu pada arwah. Al Fatihah.