Astaghfirullah.
pertama sekali aku harap tak ade sape2 yang terasa atas ape aku nak cakap ni la. tapi, isu ni aku rasa boleh memberi kesan pada Islam secara global kalau tak dibendung awal. aku tak pasti sama ada ini disebabkan pegaruh musuh Islam, ataupun ada hal2 tertentu dalam Islam yang disalahtafsir oleh orang Islam sendiri.
Bismillah ar rahman ar rahim..
Hari tu, aku duduk2 berbual dgn kengkawan aku. duk kat bilik kudah (bukan nama sebenar) dgn aji (juga bukan nama sebenar) - better aku siap2 tulis yang sume nama dalam ni bukan nama sebenar. sape kenal nasib la. geee...
cam biasala di kala umur mengambang penuh ni, gurls suka la citer bab paling femes merentas zaman, top scrorer walau di mana jua, merentas usia- bab munakahat/nikah kawen. kuang2.
pastu, duk citer la pasal calon pasangan dan timbullah pernyataan ni!!
"aku tak nak ar kawen dgn orang yang alim2 sangat ni. diorang ni cam ada satu pemikiran yang tersendiri."
fuh!! dahsyat. tapi, dalam risau2 aku dengan pernyataan ni, aku agak setuju. memang spjg penglibatan aku dalam melayari blog2 dakwah- bukan aku baik ke ape, aku ni banyak benda nak kena belajo- aku dapati memang betul pun.
aku sendiri pernah tergugat dan tertanya2 " betul ke Islam adalah macam ni?" lepas tu, aku asyik mencari2 jawapan.
ada sekali tu, aku baca bab nikah ni la kan- hee..nasib la. aku baca je sume (cover macho)- diorang ni asyik2 duk citer pasal tggjawab pempuan je. aku dah la naluri kemachoan wujud sejak kecil, aku rasa sangat tak adil. bukan Islam tu xadil, tapi diorang asyik citer wanita/isteri punya peranan dan tggjwb je.
prmpuan kena ikut cakap suami, kena rendah mahar, bla bla and bla. dan selalu menekan hingga rasa perempuan biasa yang ada zaman sekarang ni memang teruk sangat2 aih. siap salahkan mak ayah klau letak hantaran tinggi. memang aku ak melenting ar kalau orang cakap family aku bukan2 wlu sburuk mana pun diorang. pantang aku! - oops! ter"emo". maaf.
di sini, yang aku nak cakap adalah, jangan la suka tuding jari. aku nak lelaki sedar, mak ayah kami pun lahirkan dan jaga kami macam jugak mak ayah korang jaga korang. sian la.
tolong la jgn asyik ckp, kalau laki xkasi balik umah mak kena dgr cakap, tapi cakaplah, bertoleransi gilir2 balik kg. dan ingatkan la kat lelaki, jangan wat isteri macam tu. kan selepas Allah dan Rasul adalah ibu,ibu,ibu dan ayah.
jangan la lupa, mak ayah isteri tu mak ayah kamu juga. sesekali peringat la kat diri sndiri jugak. kan orang selalu kate, ubah diri kamu, Allah akan ubah yang lain2. ni asyik nak kate isteri kena itu ini, tunjuk la teladan yang baik ye? sian la sesekali kat kami. kami pun nak jadi anak yg balas budi mak ayah jugak.
uhuh. emosi lak aku. aku tak leh la kalau bab mak ayah ni. senstif jiwa rock aku ni.
lagi satu, ni:
aku terkejut pada mulanya, ada yang kate, isteri hak total suami. O_o apekah? akhirnya fatwa kat atas melegakan hati aku yang kekeliruan. Islam tu adil. cuma kadang mungkin kita nak kan yang terbaik jadi kita terlalu mahukan kesempurnaan. mungkin aku yang salah, atau tak cukup alim, tapi sebagai aku, fatwa kat atas melegakan hati aku.
wallahua'lam.
sebenarnya banyak lagi isu yang mengejutkan sejak aku mengkaji dan join blog2 dakwah ni. yang ini adalah yang negatif aku nampak. yang positif banyak dah. aku bersyukur la dibukaknya kunci dalam ati aku ni yg ikat ke'ego'an.
subhanallah...
p/s: weuu.. ada satu isu soal jururawat, insyaAllah kalau aku rajin aku tulis lagi. ni jari aku dah penat la. aku kalau tak cukup tido memang lemah je satu badan. nak mesin urut OGAWA!!
idea aku banyak, tapi jari ku letih. aku ingat nak bincang isu sosial dan cara pemikiran sekarang yang mungkin menyebabkan aku dan kawan2 aku timbul rasa tak puas hati terhadap idealis2 Islam yang kami jumpa. aku pun nak tau, adakah aku tengah menolak hukum Allah, atau aku tak faham, atau semuanya dah jadi terlalu komplikated?
aku tak nak berdosa. moga persoalan ini terhurai..
No comments:
Post a Comment