Pengikut

Tuesday, April 26, 2011

Books Heaven~

alhamdulillah..

hajat aku nak ke pesta buku akhirnya tercapai. hari ni, aku and kawan aku keluar berjalan2 (naik tren) ke PWTC. kitorang memang plan nak pergi hari bekerja sebab tak ramai orang, senang sikit nak jalan.

pergh..! teruja aku tengok lambakan buku2. tak cukup mata aku nak tengok, tak menang tangan aku nak belek2 buku..

aku ni, jenis cepat rambang mata. tak reti nak pilih. akhirnya, aku cuma beli 4 buku je.. (je, sebab kawan aku beli banyakkk.. trust me, memang sangat banyak...!!) gile buku die tu..kagum2..

well, aku tak reti baca novel Melayu (sombong bunyinya). bukan ape, kebanyakannya cerita cinta je..boring.. satu2nya novel Melayu yang aku sangat2 seronok membaca adalah ADAM oleh Ramlee Awang Murshid. masa aku baca tu, form 5 rasanya.

lepas tu, aku tak baca novel Melayu sangat. (aku gila komik, novel aku tak berapa obses). cuma masa zaman kanak2 je aku dah membaca satu almari novel rumah pakcik aku termasuk novel bercakap dengan jin-pelbagai siri. heheh. agak gila jugaklah..

ok2. back to topic. buat masa ni, aku nak mengumpul buku2 yang memotivasikan diri and memperbaiki diri aku je. tapi, disebabkan aku suka Jodi Picoult, maka tadi aku beli la satu novel die, House Rules.

aku suka baca novel english bertema persahabatan and keluarga, sesekali tema misteri. tak sama macam novel cinta Melayu kan? Bukan aku kondem, cuma aku tak suka. orang lain nak suka, aku tak de hal.. masing2..

lepas ke PWTC, cam biasa singgah makan and solat kat the Mall.. elok la sangat kat bawah tu ada clearance sale novel omputih.. maka aku beli lagi dua novel.. hehe.. maaf.. harga die satu rm5 dan satu lagi rm8 je..

so, kesemua buku yang aku beli harini, 3buku Melayu, 3 novel omputih..

tak sabar nak baca- tapi aku psycho balik diri aku, kena study dulu. abiskan exam dulu, balik rumah baru boleh goyang kaki baca buku2 yang ada ni..insyaAllah..

malam ni kena selesaikan surat2 nak hantar resume esok lagi. cepatla semua selesai.. study2!!!

doakan aku rajin selalu..amiin..uhuk.

No comments: