Assalamualaikum
Fuh. Pening kepala fikirkan resume. Disebabkan jawatan untuk U41 fresh graduate degree nurse dengar khabarnya dibekukan sementara, maka kitorang ni kalut la nak menghantar resume ke sana ke sini.
Terpaksa la mohon swasta- tak pelah, cari experience. Kalau ada rezeki masuk la ke government.
Maka, aku dah shortlisted kan beberapa hospital area selangor dan KL untuk dipohon. 8 kesemuanya. lebih satu dari dragon ball..
agak banyak di situ, tapi disebabkan kekhuatiran yang melampau-tengok pengalaman senior2 dulu- maka, inilah jadinya. Hantar resume macam jual bundle. ahaha.
Aku ni susah sikit nak handle2 benda ni, tapi disebabkan risau tak dapat kerja aku pun rajinkan la diri handle nak hantar resume ke hospital2 terpilih yang aku berkenan.
Hope semuanya berjalan dengan lancar dan ada la hospital yang panggil kitorang interview. Kitorang tak mintak pun standard gaji degree, gaji diploma pun tak ape. Janji ada gaji, ada kerja. Boleh jugak cari2 pengalaman. Kot2 lepas tu nak gi Saudi ke..ngeh3..
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
and
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
So, sila lah berusaha. (Ape lagi cP? sila la study! exam dua minggu je lagi ni makcik)
InsyaAllah..huhu..=_='' agak berat di situ..
Grr..
ok lah. adios..!!
1 comment:
Owh...Semoga U41 for fresh graduate nurse tu dibuka semula. Awak grade dari mana :)?
Post a Comment