Pengikut

Thursday, April 14, 2011

Kenapa??Why?? なぜですか?? 왜?? 为什么??لماذا؟

assalamualaikum..

hah. amik ko tajuk sesak napas aku tengok. pe lagi la aku nak bebel2 pepagi buta ni? buta ke? ke aku yang buta? tak nampak jalan di dunia..kerana tidak nampak cahaya.. jika buta hati menderita...feewit..

oke2. aku tak nak meleteq panjang.. meh aku nak citer kenapa?

ape kebenda kenapa? well, aku nak citer kenapa tajuk blog secukup rasa- sebuah cerita.

actually, aku nak buat secukup rasa je, tapi not available, coz tajuk tu aku dah amik dah sebelum ni. (blog sulit kerajaan cP).

ceritanya adalah, aku ada baca satu buku ni (sambil promote) "Taman Nasihat Kebun Pendengar" by Ibnu al-Jauzi. buku ni pasal la kematian segala. ngeri wei baca. sila la baca kalau yang rasa macam kite wujud ni untuk hidup sesaja je. uhuk.

dalam buku tu ada satu ayat

" sekiranya kehidupan ini pahit rasanya, sungguh dari kepahitannya aku merasai buah yang manis"


well, aku sangat2 suka ayat tu. maka, aku pun terfikir nak buat tajuk blog like "Pahit Manis Kehidupan" tapi aku rasa cam borring....... so aku fikir, nak buat la "Masam Masin Pahit Manis Kelat Pedas...bla bla bla.." cam panjang nye??

so, aku simpulkan la jadi "Secukup Rasa" and macam aku cakap tadi, sebuah cerita tu aku tambah2 je sebab nak kasi valid nama blog aku ni. kesian, terima kasih..

well, hidup ni memang penuh dengan pelbagai perisa. ada pahit ada manis, ada kelat ada masam dan sebagainya.. tapi, macam dalam ayat tu kate, kite boleh dapat buah yang manis walaupun dalam sepahit2 kehidupan kat dunia. cuma kite kena tahu dan ambik tahu dan beritahu cam mane caranya..

konsep pertama, aku rasa syukur la.
kedua, beriman pada Qada' dan Qadar- redha.

dan banyak lagi. yang pasti kita dah diberi anugerah agama Islam yang cukup lengkap kan?

korang rasa, korang diberi ujian dan segala kepahitan sesia ke? cuma sama ada kite nak sesiakan atau tak je. kan ke dah kate..

Allah menciptakan alam semesta (termasuk manusia) tidaklah dengan palsu dan sia-sia (QS. As-Shod ayat 27)

dan...

"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan(saja)mengatakan: Kami telah beriman?", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang dusta"( QS. Al Ankabut: 2-3)

dan banyak lagi....jom baca Quran...

"kalau hari ni rasa cam aduh sedeynye kejap je duit habis.. la.. duit tu kan ujian... tak ingat ke?

masa korang banyak duit, rasa banyak betul la benda nak kena beli nih. semua benda nampak nak dibeli. rambang mata...terseksa jiwa.. kan2?? - aku la ni, actually.. haha.

so, maybe kalau korang tak diuji dengan hikmah duit mengalir dengan laju untuk hal2 yang lebih penting, korang akan kalah dengan ujian yang satu lagi, diuji dengan ke"banyak"kan dan "lambakan" duit yang akhirnya buat korang tewas dek nafsu nak bershupping.. kan? kan?"

maka, bersyukurlah.. dan bersabarlah..


"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

dan...

Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)"

dan jom baca Quran..(lagi)

p/s: untuk tuan blog ini saya copy paste ayat Quran dari blog anda.. (kes malas nak cari ayat dalam terjemahan sendiri la ni)

okey.. itulah asal usul secukup rasa. biarlah cukup rasa kite hidup kat dunia.. dan sama2 la kite kejar ganjaran kemanisan cinta Allah dan syurgaNya yang tak terhingga.. amiin..insyaAllah. moh le kite sesame ye..

"dan maafkan aku..menduakan cintaMu..."


astaghfirullah hal 'azim..

ends..hari ni mau siapkan research lagi..menaip dan menaip sambil pening2kan kepala mikio nak analisis data... all well may all ends well <--tiru tajuk filem Hong Kong nih.. jangan saman gue...ampun pak ampun...

oke2 dah.. jangan nak ngarot lebey2 pulak. stop!!

No comments: