Pengikut

Saturday, April 30, 2011

Xpo la Dio Kapir..!!



astaghfirulllah..

Tergelak dan termalu sendiri aku membaca entry di blog yang bercerita tentang ragam warganegara Malaysia yang cuba nak berjaya. Memang la bagus mencontohi orang2 yang berjaya dan punya azam nak berjaya. Tapi...

Kalau semata2 nak kaya macam pemilik Genting Highland maka anda membuka pusat perjudian- mencontohi la katakan. Harammm!!

Al Maidah: 90
Maksudya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minum arak, judi dan telek anasib adalah najis dari amalan syaitan, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.


Kalau semata2 anda nak negara anda jadi macam USA yang punya pengaruh yang besar, maka anda memerangi negara lain tanpa sebab musabab yang disyariatkan.Menghancurkan negara lain tanpa ada batasan.


Al-Haj:39-40
“ Diizinkan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka talah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong meraka mencapai kemenangan . Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’…”


rujuk jugak: al baqarah: 190-193 , at taubah 36 dan banyak lagi..

Dan kalau semata2 nak glamor dan berjaya macam artis luar negara "KPop", Lady Gaga, dan seangkatan dengannya. (Kalau korang tiru konon cute@comel@lawa la)

Nak tau hukum menyanyi dan muzik kat sini : Hukum Menyanyi dan Muzik

 Rasullulah (S.A.W) bersabda:
Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)

Bab aurat ni rasanya boleh dah cari sendiri. Kat sekolah pun ada ajar kot.

Bak kata si cilik dalam video ni





Takpola dio KAPIR!!!

No comments: