Pengikut

Tuesday, May 3, 2011

Final Destination~

Bismillah ar rahman ar rahim.

Aku nak bercerita soal hidup. Ye, aku masih muda untuk cerita soal hidup. Tapi, aku mahu bercakap berdasarkan pengalaman. Mungkin aku muda, tapi aku dah tempuh macam2 dalam hidup aku. Kejap jalan aku lurus, kejap jalan aku bengkok, kejap jalannya berliku2. Adakala aku terjatuh, adakala aku tersungkur, pernah aku hampir berhenti dan tak mahu teruskan lagi.

Tapi, perjalanan aku masih jauh. Masih terlalu panjang. Ye, mungkin aku akan mati esok, atau sekejap je lagi. Tapi, kalau diikutkan, dilihat melalui mata seorang manusia jalan aku masih jauh.

Jalan hidup memang berliku. Kita tak mintak pun turun naik dalam hidup ni. Kita cuma harap jalan yang lurus dan lapang. Kita cuma nak hidup yang bahagia.

sumber: encek google

Tapi, itu semua tak mungkin terjadi. Walau sesaat, walau sekali, mesti ada detik dalam hidup "ah, kenapa macam ni?"

Ye, aku pernah bertanya2 soalan2 itu. Kenapa? Kenapa semua ni jadi? Kenapa mesti aku? Aku bukan nak semua jadi macam ni. Apa salah aku? Aku terlalu kecil untuk hadapi semua ni? Kenapa aku? Aku cuma nak hidup macam orang lain. Kenapa aku, semuda perlu fikir semua ni?

Banyak. Terlalu banyak soalan. Tapi, sampai bila nak mempersoalkan semua ni? Jawapan yang di cari takkan ditemui. Kat mana jawapannya? Ada. Ada dalam diri aku sendiri. Kepercayaan aku pada Dia. Itulah jawapannya. Takkan ada jawapan lain.

Tapi, sangat susah. Sangat lambat. Aku mahu selesaikan sekarang! Aku dah tak mampu. Aku dah tak larat nak fikir. Tidak! Aku mampu. Tak mungkin Allah uji hamba-Nya diluar kemampuannya. Apa yang aku usahakan, itulah yang aku dapat.

Aku mahu aman? Aku mahu tenang. Jangan lari! Jangan pernah lari dari realiti. Inilah realiti hidup yang perlu aku tempuhi. Walau ape pun jalan yang bakal aku hadapi nanti, aku kena jalani jalan aku yang sekarang. Aku tak akan sampai ke destinasi aku tanpa melalui jalan yang sekarang.

Semoga Allah sentiasa bersama. Dan hanya pada Dia, aku sungguh2 meminta. Merintih. Dan aku syukur punya kawan2 yang sentiasa menyokong aku. Bahu itu, tempat aku mengalirkan lautan air mataku. Dan aku kini, mampu tersenyum biarpun jalan yang aku lalui masih penuh duri. Jalan yang bakal aku tempuhi mungkin gaung atau gunung yang tinggi. Tapi, aku kini masih tersenyum.

sumber: encek google

Inilah perjalanan hidup. Ia memang begitu. Hingga saatnya nanti, saat segala buku amal dibentangkan. Segala sabar itu, jadi titik tolak membawa ke syurga abadi. InsyaAllah.

Aku juga harap kamu boleh tersenyum dalam hidup penuh onak duri ini. :)

Senyum Macam Ni..!!! (sumber: encek google)

2 comments:

mcm ni lah said...

dah jadi lumrah yang hidup mesti menemui ajalnya,. pasrah aje pada ketentuan

mcm ni lah said...

dah jadi lumrah yang hidup mesti menemui ajalnya,. pasrah aje pada ketentuan