Pengikut

Thursday, September 1, 2011

Erti Maaf Di Pagi Raya~

Assalamualaikum dan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia dan juga salam aidilfitri..

Alhamdulillah masih berpeluang menyambut Syawal dan menikmati nikmat kemerdekaan negara.

Macam mana dengan raya? Seronok? Dah bermaaf-maafan sesama keluarga dan teman-teman? Memang menjadi rutin kalau pagi raya kita bermaaf-maafan sesama keluarga kan? Tapi, cuba renungkan semula. Sejauh mana erti kemaafan dan maaf yang kita pinta sebenarnya?

Kita duduk bersalaman, bersendu-sedan dengan tangisan minta maaf, minta ampun salah dan silap. Tapi, adakah kita betul-betul menghayatinya? Baru beberapa minit lalu kita bermaafan, tiba-tiba ada hal yang diungkitkan. Ada hal yang tak puas hati. Sejauh mana kita betul-betul menyesal?

"Maafkan salah silap. Halalkan makan minum." Semalam kita minta maaf, hari ni kita ulang kesilapan yang sama. Apa erti maaf tu sebenarnya? Di mana tanggungjawab kita pada maaf yang kita mintak? Adakah pagi raya kita khaskan cuma untuk ucapan maaf tanpa sebarang erti?

"Kalau tersalah silap maafkan." Tapi, kenapa masih buat salah lagi? Kenapa masih berkasar? Kenapa masih tersasar buat orang lain gusar?

Sila renung semula saat kita menitiskan air mata memohon maaf.  Cuba nilai semula sikap kita seminit yang lalu saat kita memohon maaf dengan sikap kita yang sambil lewa sekarang.

Apa sebenarnya salah yang kita pohon maafkan? Adakah sekadar terkasar fizikal dan lancang bicara? Bagaimana pulak sikap kita terhadap tanggungjawab yang kita pikul? Adakah cukup kemaafan di bibir? Bukankah maaf ertinya menyesali? Tapi, kenapa tetap juga kita dengan sikap keras kepala dan degil kita?

p/s: Aku tak mampu berbicara dengan lidah, hanya jemariku laju dan petah. Aku juga merenung kembali apa maaf yang aku ingini.

No comments: