Pengikut

Tuesday, February 7, 2012

Aku suka memancing!

Assalamualaikum warahmatullah

Penuh tangan aku kena gigit nyamuk. Tadi, aku tiba-tiba rasa nak memancing. Bukan jauh pun. Parit kecik tepi rumah je.



Sekali je aku letak dah dapay ikan puyu. Wahaha. Aku bangga. Berlagak. Aku pun teruskan memancing. Tunggu...Tunggu... Okay, umpan habis. Ambik umpan baru.

Tunggu..Tunggu...Kena! Alamak, terlepas. Kena lagi! Lepas lagi. Akhirnya, lepas kena dalam 5 kali, umpan aku habis. Huhuhu.

Maka, aku pun menyerah diri. Seekor je aku dapat. Tu la, berlagak lagi. Hahaha.

p/s: Mancing ikan kena sabar. Aku pulak asyik tukar je tempat.

“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”  (Ar-Ra’d:23-24)

9 comments:

dyabunga said...

memancing memang memerlukan kesabaran yg tinggi..hehe..dya suka memancing..lg suka time dpt ikan

cik misi said...

meh ke Perlis, kat sini ramai sangat org suka memancing. parit air pun banyak. walo xbape pandai memancing, ckin pasti tak kan hampa. siyes! jom

mizzkechique said...

wooo, dh lm xmemancing..huhu

L said...

huhu. standard r tuh.. huhu ... kalu xdapt lg tensen huhu

ahsfantasy24 said...

orang kata, orang yang suka memancing
ni romantik hehe.. kita dulu suka mancing ikan puyu umpan cacing :)

pha is said...

teringat dulu masa pestime memancing.. dapat ikan puyu jugak.. kecik je... dah cukup puas ati dah... terus usung ikan tu bawak balik rumah tunjuk kat mak.. seronok punya pasal... hehehe

.........cP~ said...

Geram tengok adik mancing dapat 13 ekor!
Dah lama tak pegang cacing, mula2 geli gak.
Semalam dapat sekor pun dah bangga.

agak masalah said...

cuba pakai jala pulak hehe mesti dapat banyak. tapi x jadi memancing, jadi menjala

.........cP~ said...

Parit kecik sempit je, takkan nak pakai jala..hahaha