Pengikut

Tuesday, February 7, 2012

Kali ni, aku berserah~

Assalamualaikum warahmatullah.

Lagi cerita tak sudah pasal aku dan kerja. Kalau rasa boring dah nak baca, tak payah baca. Tapi, aku nak tulis jugak. Hehe.

Client yang offer kerja personal nurse tu telefon lagi. Dia memerlukan seorang lagi personal nurse supaya boleh buat 2 shif. Malam dan pagi. Emak dia tak larat nak jaga ayah dia waktu malam, katanya. Sampai demam- demam.

Tawaran yang diberi:

1. Gaji - RM1500 - kalau kerja Sabtu/Ahad sehari = RM60

2. Penginapan - rumah sewa dekat (kosong), boleh jalan kaki. Sebulan = RM 450 - client bayar separuh. Jadi mungkin kena bayar dalam - RM250.

3. Waktu bekerja - dua shif - 8am-8pm & 8pm-8am.

4. Tugas- 2 hourly positioning + feeding + jaga segala keperluan peribadi.

5. Socso - insyaAllah diusahakan

6. Latar belakang client - pesakit - bekas guru sekolah agama, ahli keluarga berpendidikan agama yang baik, insyaAllah

7. Tempat makan - 500m dari rumah.

Cumanya, dia nak aku kerja SEGERA. Maksudnya, kalau boleh esok pun dia boleh terima aku kerja.

Aku pulak, ada komitmen lain minggu depan. Aku nak uruskan adik aku masuk kursus sekitar ibu kota. Kursus jangka pendek bakery.

Aku cakap pada en. client, kalau dia dah jumpa orang lain, aku faham. Kalau dia masih nak upah aku, insyaAllah aku usahakan.

Sekarang, aku berserah. Kalau ada panggilan interview, aku pergi, kalau tak, aku terima.

:)

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).



“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

p/s: Is dah balik kampung. Kecoh!

3 comments:

Eza Boom Boom said...

sinar cahaya tu cp ;) bibit-bibit kegembiraan. ;) Alhamdulillah..

sea_lavender said...

Alhamdulillah rezeki tu.. terima la klu komitmen baru ni tk membebankan.. peluang jgn lepaskn =) Allah mgaturkan yg terbaik...

pha is said...

semoga dipermudahkan oleh-Nya..