Pengikut

Friday, February 24, 2012

Aku tak prihatin?

Assalamualaikum warahmatullah.

Tadi, masa kat Pudu, aku ternampak seorang lelaki mencari-cari tiket ke Kuala Selangor. Satu jalan dengan aku. Bas yang sama.

Aku takkan lupa rupa dia, sebab dia tak macam orang Malaysia, muka style asia bahagian utara, Thailand, Myanmar, Cina, Korea, Jepun. Tak pasti mana. Dia juga tak tau cakap Bahasa Melayu.



Masa dalam bas, aku cam rambut dia yang serabai. Macam biasa aku tidur sampai lah bas dekat dengan Kuala Selangor. Aku tengok lelaki tu di depan tersengguk-sengguk hampir tergolek, tidur.

Terdetik dalam hati aku, nak beritahu dah nak sampai Kuala Selangor ni. Tapi, aku segan nak bangun tolong lelaki tu semata-mata. Kejap lagi aku nak turun jugak.

Aku perhatikan sampailah bas melepasi jambatan Kuala Selangor tu. Ah, nampaknya dia dah terlajak. Aku terus diamkan je. Aku fikir, nanti kalau aku turun kat Tanjong Karang aku nak beritahu driver bas tu, ada seorang penumpang nak turun Kuala Selangor, kalau tak silap.

Bila dah sampai tempat aku nak turun, ada seorang gadis Cina dah ke depan dulu beritahu yang dia nak turun. Aku pun tergesa-gesa ke depan. Aku nak turun jugak. Mujur tempat yang sama. Aku pun cepat-cepat aje turun bila pintu bas terbukak.

Berjalan dan berjalan, " Ah! Lelaki tadi!" Aku terlupa. Aku perhati jugak ke belakang, turun tak lelaki tu. Tak nampak. Bas tu pun aku tak pasti gerak ke tidak, macam tak.

Adakah aku tak prihatin? Aku tau tapi aku tak tolong pun. Serba salah. Tak kisahlah dia siapa, aku sedar dia nak turun Kuala Selangor, aku tak salah dengar rasanya. Apalah jadi dengan mamat tu.


3 comments:

Teenager Housemaid said...

err, kesiannya lelaki tu..
tapi, kalau saya pun, mungkin sy tatau nak buat apa..-_-'

Eza Boom Boom said...

sayangnya cp tak gtau dia.. huhu.. takut dia sesat plak.. Hope tak de jadi apa2 kat dia la..

Sorry lama menyepi.. Hee. baru nak baca entry lepas-lepas cp... :)

aimie amalina said...

kalo jadi kat kite pon,
mest sama cm cp jugak
wuwuwuw
xpelah..doakan die selamat ye ;)