Pengikut

Friday, February 24, 2012

Siapa sebenarnya mereka?

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah. Sampai dah kat rumah - kampung.

Pagi tadi, pagi-pagi lagi dah bertolak keluar ambik train dan menuju ke Puduraya. Bila aku sampai kat sana, kaunter tiket yang bas yang aku nak naik belum bukak. Terdetik jugak kat hati aku, bukak ke tak kaunter ni? Nak tanya segan.

Masa aku mula-mula masuk, ada seorang pekerja wanita tanya aku nak ke mana? Aku cakap apa aku pun tak pasti. Nak tak nak je dengar suara aku. Yang pasti aku menolak dari bercakap dengan dia. Entah kenapa, aku masih teringat suasan Pudu yang lama.

Kemudian, aku asyik perhatikan mereka yang kerja kat situ. Bila ada orang masuk je mereka tanya, "nak ke mana?" Ada orang yang buat tak tahu, ada yang jawab dengan baik, dan ada juga yang menerima huluran tangan mereka (bantuan).

Aku mula sedar, oh, mereka bukan macam mereka-mereka yang ramai kat Pudu yang dulu. Bukan mereka-mereka yang perlu aku takuti. Mereka membantu sedayanya jika kita menjawab dengan elok.

Ada seorang makcik menegur aku dan bercerita bahawa ada seorang pelancong mencari tiket ke Melaka. Pemandu teksi yang bawak dia ke Pudu nampaknya terlupa bahawa bas ke arah Selatan sudah lama berpindah ke TBS-BTS.

InsyaAllah, lepas ni, walaupun aku tau dah kat mana kauter tiket bas yang satu tu, aku akan cuba menjawab dengan elok. Tak ada apa yang perlu aku takuti lagi. Hehe. Penakut tak bertempat dah ni.

Oh, ye. Ingat ye, bas ke arah selatan berada di TBS-BTS.


p/s: Sebenarnya, teringin aku nak interview mereka yang kerja kat Pudu tu. Mesti banyak cerita kan?

1 comment:

AppleManiac said...

ade ape dkt pudu dulu? citer lah :)