Pengikut

Friday, February 24, 2012

[Nukilan] Aku Bukan Cinderella (Opening)~

Assalamualaikum warahmatullah..

                                                *                             *                                   *

Aku bukan Cinderella

Dia merenung ke luar jendela. Sawah yang terbentang luas benar-benar buat dia rasa kecil. Semakin kecil. Ya Allah, ini baru sebahagian kecil dari nikmat dan kurniaMu, bisik hatinya. Pak Ali sudah lama keluar ke sawah. Mak Yah ikut sekali hari ini. Nampaknya, tugas memasak berpindah kepada dia.

Haitnya meronta-ronta ingin lari dari kampung ini. Dia juga ingin ke bandar, ke kota besar dan mencari kepuasan hidup. Seringkali dia lihat di kaca televisyen, anak-anak kampung keluar ke bandar dan berjaya. Dia mahu seperti mereka, mengejar impian dan cita-cita. Dia sudah muak duduk di kampung. Dunianya terasa makin sempit sejak dia menamatkan persekolahan. Kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia mahu keluar dan menyambung pelajaran ke bandar. Itu tekadnya. Saban malam dia berdoa, agar keputusan SPM yang keluar nanti menjawab segala impiannya sejak 10 tahun lalu.

“Indah, apa kau buat menung kat tingkap tu?” Tanya Chantek, adiknya. Penyapu di tangan diangkat, memberitahu Chantek dia sedang menyapu. Chantek menggelengkan kepala. Ada saja kakaknya menungkan. Penat membasuh baju, peluh kelihatan menitik di wajahnya yang putih. Indah menyambung menyapu rumah papan yang menjadi tempat dia dan adiknya berteduh. Tempat mereka menumpang kasih. 

Sejak mama dan babah hilang, Indah dan Chantek tinggal dengan atok dan neneknya. Mereka punya seorang abang. Tetapi, abangnya sudah lama bekerja dan meninggalkan kampung. Jarang sekali dia balik. Hanya tiap bulan, duit akan masuk ke akaun Indah dan Chantek. Namun, Indah bersyukur, sekurang-kurangnya abangnya masih ingat akan mereka dan tanggungjawabnya. Indah malu bergantung sepenuhnya dengan Pak Ali dan Mak Yah. Mereka sudah tua untuk diberi tanggungjawab menjaga cucu.

“Wei, dah la menung tu. Bila nak siap kemas rumah ni? Tak payah nak berangan jadi Cinderella la cik Indah sayang. Tak ada putera raja nak datang kat rumah kita ni ambik kau buat bini,” ejek Chantek.

“Sibuk la,” balas Indah sambil mencebikkan bibirnya. Mujur Chantek ada bersama dia. Kalau tidak, dia boleh jadi gila.
  

                                        *                                  *                                     *

Siapa Indah? Berjayakah Indah mencapai cita-citanya untuk keluar dari kampung? Bagaimana pula dengan adiknya?

Adakah ini sebuah kisah cinta? Atau sekadar kisah cabaran biasa seorang remaja?

Nantikan karya saya yang seterusnya... Hehehe..

Bajet iklan mahal. Aku baru selesai buat draf cerita ni. Dah tamat dah pun, tengah nak mengarang. Kalau sudi, tunggula karya ni keluar ye? InsyaAllah akan siapkan sebaik yang mungkin.

p/s: I don't wanna be like Cinderella. I rather rescue myself. 

Opps. Ada beberapa dah cerita tajuk sama. Tapi, tak nak tukar. Takpe kan. Lepas dah buat baru tau ada tajuk ni banyak dah. Ala.. Dan jangan lupa klik churp-churp. Terima kasih.

3 comments:

Hans said...

ada bakat nih
terus kan :-)

YaYaNsMuM said...

wah...keep up the good work...

Miszyuyu said...

nice =)