Pengikut

Tuesday, February 14, 2012

Bertukar ganti~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebelum ni, aku pernah cerita tentang tawaran kerja personal nurse kat Kuantan. Aku terpaksa tangguhkan sebab urusan adik aku nak pergi belajar.

Tadi, aku mesej encik client dan tanya sama ada tawaran masih terbuka. Dia kata, jawatan tu dah diisi. Nampaknya, bukan rezeki aku kat situ. Tak apa lah. Takkan sebab aku nak kerja, aku tak nak uruskan adik aku nak belajar kan?

Ni masa untuk adik aku pulak.

Bila bukak FB tadi, kawan aku cakap, lecturer aku suruh call. Siapa yang belum dapat kerja call puan tu sebab dengarnya ada kawan nak offer kerja.

Pukul 10am tadi, aku mesej lecturer yang dimaksudkan.

"Please try to call pfor Ho because she said some private hospital ask her to introduce new graduate to them for job. Her number is ********** ."

Nampaknya, masa depan aku masih belum nampak dan lorongnya sentiasa bertukar ganti. Apa pun, aku belum call prof. Ho lagi. Jap lagi nak dekat-dekat waktu rehat baru call kot.

Sebenarnya, sangat berdebar-debar nak telefon. Takut sangat-sangat.

Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya.
(HR Muslim)

 “Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, tiga hari sebelum Baginda wafat: “Jangan seseorang di antara kamu mati, kecuali dia bersangka baik kepada Allah.”
(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)


p/s: Banyak idea tak tertulis. Banyak blog tak terjenguk. Banyak urusan tak terbuat. Banyak hal tak terfikir. Akhirnya, duduk tak buat apa-apa.
The road not taken. Another appear. But these two feet never know. To where they should go~

9 comments:

YaYaNsMuM said...

Call le Prof cepat2, mne taw ader gud news... :)

:: Cik Nur :: said...

jangan takut2..insyaALLAH jika ada rezeki tak kemana kan... ?

Nyue said...

yakin..insyallah ad rezeki 2...
kdng2 kita terlepas peluang, namun sapa sangka peluang yg terlepas masih milik kita

=))

Aremieroul Akim said...

insyaALLAH ada je rezeki k.. :)

Eza Boom Boom said...

semoga dipermudah segala urusan cp hari ni. ;) hee.

dwaty said...

wish u gud luck... salam jejak dari blog abg ben

ahsfantasy24 said...

ada yang terbaik,
tunggu kejap ya :)
all the best!

-gedek! said...

rezeki datang dalam berbagai cara tanpa kita sedar...

hang on it!

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Rezeki tu pasti ada..