Pengikut

Wednesday, February 1, 2012

Call Operator vs Personal Nurse vs Pantai~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku sekali lagi mengharungi drama bersiri si pencari kerja. Seperti yang aku dah beritahu, aku menumpang rumah kawan aku dan pagi ini, kami buat rumah dia macam rumah sendiri- ok, tak lah.

Bila pagi tadi, aku bukak email ada satu mesej panggil interview dari wellness centre. Aku dengan terujanya reply la nak pergi harini. Aku pun tak jadi tidur (di siang hari) excited punya pasal.

Dalam jam 10 kitorang keluar. Aku menuju ke wellness tu. Masa tu jugak adik aku cakap nak cari kasut, sebab kaki dia dah sakit. Kulit kaki dia menggelupas teruk dan sandal dia menyakitkan. Aku pun pandang sandal aku - okay, tak sesuai nak interview.

Aku pun buat keputusan bawak adik aku ke Times Square untuk beli kasut yang selesa. Aku bawak adik aku jalan cepat-cepat ke hulu ke hilir mencari kasut. Times Square dah lain! Duk belek-belek kasut dengan kadar segera, aku dan adik aku jumpa kasut dengan potongan harga 50% yang membawa pada harga RM25 dan ia sangat smart. Adik aku pun beli. Aku memang dah cakap, nak pinjam untuk interview kejap.

Maka, lepas beli je, aku menapak kat tepi pagar tu tukar kasut. Memang aku rasa drama. Kemudian, aku naik KL Monorail setelah sekian lama.

Bila sampai sana................... okay, aku rasa ada masalah miscomunication, maka, aku balik je lah. Aku tunggu  dari pukul 12pm sampai 1 pm. So, aku balik ke Times Square untuk tumpang solat Zohor.

Sebelum teruskan ke tempat teksi tu, aku bawak adik aku round Times Square sekejap. Bukan selalu datang, kan? Tapi sepantas kilat je la. Pukul 3pm aku meneruskan perjalanan.

Hujung nun stesen tu. Bila sampai, ambik teksi, pakcik-pakcik teksi cakap, ramainya orang pergi situ? Aku cakaplah ada interview. Dia gelak je. Tempat kecik macam tu pun nak pakai ramai orang ke? Aku senyum je lah.

Malas nak panjang cerita, aku dengan adik aku dapat kerja call operator. Gaji : aku= RM1000, adik aku: RM900. Selepas sebulan dia boleh bagi duduk hostel. Aku dah seronok, walaupun aku memang fikir, cukup ke dengan duit sebanyak tu kat KL ni? Aku perlu fikir duit transport untuk sebulan sebelum dapat hostel tu. Aku nak duduk mana sebulan?

Sebaik aku melangkah keluar daripada pejabat teksi tu, kawan aku telefon. Dia menawarkan aku kerja jadi personal nurse. Tapi, kat Kuantan. Terus terang aku rasa teruja. Aku sangat bersyukur. Tuhan membuka jalan untuk aku. Alhamdulillah. Cumanya, aku masih perlu bercakap dengan client tersebut dan dapatkan maklumat lagi.

Aku mintak kawan aku berikan aku masa.

Malam ni, kawan aku tiba-tiba mesej aku. Wan dah dapat kerja kat salah sebuah cawangan Pantai Hospital dan dengarnya dia nak ambik orang lagi. Aku dah hantar resume ke sana 16 Jan lalu. Adakah aku perlu hantar lagi bersama-sama transkrip kali ni?

Aku sangat menginginkan kerja sebagai jururawat kat sebuah hospital yang memenuhi prinsip aku, dan kawan aku kata kat Pantai tu adalah tempat yang memenuhi prinsip tu. Aku nak jugak. Nak sangat.

Tapi, aku khuatir kalau aku lepaskan peluang personal nurse tu, aku tak dapat pulak yang kat Pantai tu, adakah aku mengiakan peribahasa,

"yang dikejar tak dapat, kedendong keciciran"

Aku buntu. Pintu dah semakin terbuka, cuma aku tak tahu pintu mana yang terbaik buat aku.

Ya Allah, beri aku petunjuk Mu.

p/s: Pilihan di tangan anda - eh, aku lah.

3 comments:

Attasinchi Izzan said...

pergi PN lu then smabil2 anta resume lg

Aesya Zealous said...

buat keputusan yg baik. chaiyok!!

Iffah Afeefah said...

mmg plihan ditngn kamu ye