Pengikut

Monday, February 13, 2012

Jaga diri baik-baik~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Dah selesai urusan menghantar adik aku belajar kursus bakeri.

Hati aku agak keberatan nak tinggalkan dia tadi. Aku risau. Tempat tu agak terpencil walaupun di kawasan yang ramai orang. Sebab tempat tu dulu bekas asrama yang ditinggalkan sebab banyak dah pindah ke lokasi lain. Maka, cuma tinggal akademi yang dia pergi je kat situ. Lagipun, transport yang ada cuma bas kecik yang dibawa oleh seorang uncle.

Aku harap adik aku dapat bergaul dengan semua orang dengan baik.

Dia nangis tadi. Hahah. Memang lah aku gelak, tapi, aku risau sebenarnya. Ini pertama kali sepanjang hidupnya dalam 20tahun keluar dari rumah untuk berdikari. Tempat tu sunyi pulak tu. Kalau aku dulu tercampak tengah bandar. Transport bersepah. Jalan kaki pun sampai Mall.

Sebab aku kakak kot. Risau lebih sikit.

Tadi, dia dah telefon. Dapat baju chef tu. Saiz L?! Mak aih. Adik aku tu kecik cenonet je. Dia kata tu dah saiz paling kecik. Adeh. Nasib la, ko kecik sangat.

Aku cuma nasihatkan dia, jaga diri elok-elok. Tengok-tengok orang yang kenal. 6 bulan tu jap je, tapi kalau kat tempat camtu, mungkin dia akan bosan. Pengajar kat situ pun nasihatkan kalau hujung minggu balik rumah. Bagus jugak pengajar tu orang Sabak Bernam. Kalau nak balik Tanjong Karang, dia kata boleh tumpang. Lega aku.

Ok lah. Buat masa ni , tu aje kot. Risau sikit.

p/s: Aku dah kena buat tugas dua orang la ni. Ok, nak uruskan anak buah. Tak ada panggil-panggil adik aku dah. Muahaha.

7 comments:

Eza Boom Boom said...

hope adik cp dapat jaga diri bebaik. ;) Umur dia macam Eza.. ^^

mizzkechique said...

hehe..sian dia.. kt mn tmpt tu??

:: Cik Nur :: said...

dekat mana ye kursus tu..mcm best ke kos tu...balajar masak2.. :)

mizzkechique said...

hurmm, bangi eh.. mcm blh agak je kt mn.. erkk?? hehe

liyana izzati said...

Biasa lah tu. Lama-lama dia mesti biasa.

Iffah Afeefah said...

biasalah kakak kan

Teenager Housemaid said...

kakak yg caring..:)