Pengikut

Wednesday, February 22, 2012

Jangan Merungut. Ini masa untuk berbakti ~

Assalamualaikum warahmatullah..

Macam biasa, pagi-pagi buat kerja rumah. Menyapu, basuh baju dan cuci pinggan mangkuk. Mak pulak keluar menanam keladi. Is ikut neneknya la, apa lagi.

Masa basuh pinggan tadi, aku terfikir.

Inilah hikmahnya aku belum kerja. Adik aku baru je pergi belajar. Kalau aku pun pergi kerja dah mak aku mungkin tak menang tangan nak buat semua kerja. Mungkin mak aku tak dapat nak tanam apa-apa.

Mak aku cakap, sementara aku ada ni la mak aku nak menanam tanaman. Nanti bulan puasa dah ada hasil. Hari tu mak dah tanam anak pisang. Biasanya, bulan puasa permintaan daun pisang tinggi.

Mungkin aku terlalu ingin menyumbang dari segi wang ringgit, tapi, aku tak sedar yang aku berada di rumah ni membantu mak aku.

Tak apalah. Walaupun aku belum mampu menyumbang dari segi wang ringgit, aku harap tenaga aku dapat buat mak rasa ringan sikit.

Jangan merungut, ini masa untuk berbakti.


"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
                                (Surah An-Nisa: 36)

p/s:  Aku dalam proses membuat doodle untuk seseorang. Jangan lupa klik iklan-iklan saya. Terima kasih.

2 comments:

ijA said...

terharu..rajinnya..kita pun cuti sem,duduk je rumah..kemas rumah taklah setiap hari..tapi tiap2 hari pun leh slim..hhee..ambik iktibar dari cite awak, sumbang apa yang ada je.

..cik hana.. said...

betul tu dear...kalau kita ikhlas tolong parents kita,insyallah allah akan permudahkan perjalanan hidup kita...