Pengikut

Tuesday, February 28, 2012

Kalau macam ni, sampai bila pun kita tak makan nasihat~

Assalamualaikum warahmatullah..

Haritu aku ada menonton sebuah video bertajuk "Sila jaga tepi kain saya". Video Youtube yang di upload ke FB.

Ia buat aku berfikir. Aku pernah menerima nasihat dari orang yang aku rasa, eleh, pandai la cakap. Bajet dia baik sangat lah. Erk. Ye, dalam hati aku ada fikir macam tu. x_X

Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku asyik fikir hal negatif dan keburukan orang, sampai bila aku nak terima nasihat dan makan nasihat tu dan hadamkannya. Asyik-asyik aku makan dan luah balik.

Ada jugak di kalangan kita yang tak suka ustaz ni lah, sebab dia main gitar, tak suka ustaz ni lah, sebab dia berlagak macam model la bagai. Aku tak suka ustazah ni sebab dia demand mintak bayaran tinggi. Aku kecik hati dengan orang ni, sebab dia cakap aku macam ni, sama je macam bla bla bla..

tapi kan, kalau kita asyik fikir macam tu, sampai bila kita nak terima nasihat orang?

Contoh la kan, contoh je:

Akak pelacur (tak payah fikir jumpa kat mana):  
Adik, adik jangan tinggal solat tau. Solat tu tiang agama.

Adik:
Eleh, pandai la kau cakap. Kau pandang diri kau tu sikit.

So? Adakah kita akan merosakkan diri macam akak tersebut? Kita terima nasihat baik yang dia bagi, tapi, kita jangan lah sibuk nak tiru macam dia. 

Lagipun, ada ke manusia yang sempurna. Kalau pun orang yang bagi kita nasihat tu perangai entah apa, selagi nasihat tu ke arah kebaikan (tau fikir kan?) terima je lah.

Sebagai balasan, kita boleh nasihat kat orang tu balik, 

Wahai si polan bin si polan, aku terima nikahnya nasihat kau, tapi, aku rasa kau pun patut buat begini dan begitu.

Walah! Kan bagus kalau sama-sama saling nasihat-menasihati. Kan? Kan? 

Insaf lah cp, ok? You are far from good. Banyak lagi kena ubah nak jadi orang yang baik nih. Ganbatte!

9 comments:

Unknown said...

sama2 la kita menegur.. x kan nk tunggu perfect baru boleh tegur? salah tu.. sbb xde manusia yg perfect ^_^ nice sharing..

Anonymous said...

yeah.. i loike! =) singgah jap dr fb =)

tp kannn.. jarang ad mnusia yg reti mnerima tguran @ nasihat ni -_-"

trmasuklah cha sndiri.. so pasni, kene positif! yeah.. nice post!

hanah said...

jln2 di mlm hari smbil bce entry ni...mmg rmai org yg x blh trima tguran org lain ..ego tinggi..so, sme2lah kte amlkn nilai2 murni *ceh..mcm ikln tv plk :)

Ca Ezah said...

ca suka baca ni..humm~ kalo nak tunggu org baik je baru nak dgr nasihat sampai bila? tp bila da ustaz ke ustazah dok nasihat, ade je xkena..susah kan manusia ni..kena tatang bagai minyak yg penuh ..

ca pon kdg2 cmtu gak.. :(

nur anis said...

kadang tu org yang buat salah ni, nasihat ikut pengalaman mereka...

Liyana Anuar said...

insaflah~~

Deru Ombak said...

Salam cP~~~
maaf tau anty dah terlepas beberapa N3 cP~~~

Camni lah.. Mcm cP ckp tu betul.. No one is perfect.

"buat apa yang aku ckp, jgn buat apa yang aku buat"
Ada kalanya bila org nasihat, sbb dia xnak kita jadi mcm
Diri dia.. Ada pula yang nasihat, sebab sayangkan kita.

Umpama nasihat seorang pelacur Dan seorang ibu, yang pertama penting nasihat itu dulu, kedua penting siapa yang memberi nasihat. Chill!!! :)

Pha Is said...

betol2... org yg bagi nasihat tak semestinya perfect...

kay_are said...

agak terase.. betul gak kan.. tak patut nilai sesuatu nasihat tu melalui perwatakan.. ape yang baik time je r..