Pengikut

Thursday, February 9, 2012

Mak bapak aku tak pernah ajar aku!

Assalamualaikum warahmatullah..

Pernah berdepan situasi macam ni? 

Kalau apa-apa silap, kita salahkan mak bapak. Perangai aku teruk, aku cakap mak bapak tak ajar. Pelajaran aku buruk, aku cakap mak bapak aku tak kisak hal aku. Tak pernah ambik tau.

Ye la. Memang la persekitaran memainkan peranan penting. Tapi, takkan semua benda kita nak salahkan mak bapak?

Kenal tak Ikramah? Siapa la pulak mamat ni kan? Ye, dia seorang lelaki. Bukan lelaki biasa. Dia anak Abu Jahal.  Kenal Abu Jahal? Lelaki yang menentang hebat perjuangan Nabi s.a.w, walaupun dialah anak saudara yang paling dia bangga-banggakan kelahirannya.

Sepanjang Abu Jahal hidup menentang Nabi s.a.w, Ikramah pun turut sama menjadi penentang kuat perjuangan Islam. Lepas Abu Jahal terbunuh di medan perang, bertambah-tambah benci Ikramah pada Nabi s.a.w.

Setiap hari, Ikramah cuma fikir cara nak mengalahkan Islam. Macam-macam cara dia buat. Walaupun ramai kawan-kawan dia dah terima Islam, dek benci dan dendam atas kematian Abu Jahal, dia terus menentang.

Sampailah Allah berikan dia hidayah. Alhamdulillah. Tapi, masa tu dia jadi orang buruan sebab dia adalah penentang Rasululllah yang paling kental. Semua orang siap ejek dia,

“Anak Abu Jahal..Anak Abu Jahal..”

Ye, dia anak Abu Jahal yang jelas tidak mungkin diampunkan Allah. Dia anak Abu Jahal, musuh umat Islam.

Tapi, Allah dah berikan hidayahNya. Ikramah berubah 180 darjah. Dia sangat cintakan Islam. Sangat. Dia siap berusaha keras nak buktikan, walaupun dia anak Abu Jahal, dia tak macam bapanya.

Apa aku merepek ni? Nak cerita pasal Ikramah semata-mata ke?

Tak. Bukan macam tu. Bayangkanlah Ikramah ni, anak Abu Jahal. Abu Jahal. Tapi, dia boleh berubah jadi sahabat Nabi s.a.w yang syahid masa menentang golongan murtad selepas Nabi s.a.w wafat. Dia boleh jadi pahlawan Islam terbilang. Dia berani mati demi Islam.

Kita ni? Nak kata lahir dalam zaman kegelapan yang tak tau apa itu Islam, sah-sah la tak. Sekolah kat mana pun, rasanya selagi masih kat Malaysia ada mata pelajaran agama. Jelas dah ada pendedahan tentang Islam.

Tak payah nak salahkan mak bapak je, ok? Buka hati, buka minda. Hidayah tu milik Allah. Tapi, kalau petunjuk yang ada kita tolak tepi, kita duk sibuk cari kesalahan orang lain, atau letakkan kesalahan kita kat orang lain, sampai mati la kita macam ni.

Memang lah payah. Kalau orang lain sanggup mati demi Islam, kita yang tak payah nak mati ni, sekadar tanggung sikit susah tak boleh ke nak perjuangkan akidah dan pegangan kita? Dunia dah maju. Tak payah nak jumud sangat cakap mak bapak tak ajar.

Ilmu dan guru merata-rata ada.

Dunia dah maju.  Islam sepatutnya boleh  berkembang lebih pesat, kan?

Rujukan: Ikramah:Penentang jadi pembela- siri pahlawan Islam, Abdul Latip Talib, 2010

6 comments:

Miss N™ said...

jelas lagi ternag apa yg CP cuba sampaikan...zaman sekarang ni, semuanya nak myalahkan org lain.. padahal kesilapan diri sendiri tu. sedangkan bukan tak di ajar ataupun tak di beritahu...yg diorg tahu nk salahkan diri org lain...mmg geram kalau difikirkan..

Tie HT said...

betul..bagus entry ni..dan kadang2 kita tk boleh salahkan parents kalau anak dia teruk..parents dah bg didikan tp anak dia tk dpt terima..bukan salah parents tu..

Unknown said...

stuju sgt... xperlu larh kta nk tuding jri kt sape2 kalu kta buat slh atau silap sbb Allah dah bg akal utk kta fkir..kta bkn bdk2 yg x mumayiz lg.. semua dah bsar n masing2 boleh pk apa yg baek n buruk. :)

Nadia said...

setuju sgt...nad baca habis tapi nad tak tahu nk ckp cm ne..pucuk pangkal hati kita kan..

p/s :: kita sebaya ye?huhu..:)

Zehan Ilyana said...

seriusly, 1st time saya tau psl ikramah ni..
ya Allah, ignorance nya saya ni..adeih...

Unknown said...

mnusia terlalu jumud

pastu takmo dengar kate org