Pengikut

Tuesday, February 21, 2012

Pandangan- Sesuatu yang tertinggal~

Assalamualaikum warahmatullah.

Malam tadi, berkesempatan menonton sesuatu yang tertinggal. Aku selalu fikirkan ayat dalam iklan yang ditayangkan kat TV.

"Nak tidur ke, dah tau?"

Sebabnya, ayat ni sangat popular dalam cerita-cerita seram kat asrama. Korang pernah dengar?

Cerita tentang beberapa orang anak yatim yang berpindah ke sebuah banglo tinggal dan cerita tentang cermin yang menyimpan sesuatu. Salah seorang telah dirasuk dan menghantui hidup mereka. Kesudahan? Punya kesudahan yang menarik.

Pada pendapat aku, cerita Sesuatu Yang Tertinggal ni, sebenarnya ada jalan cerita yang menarik. Tapi, entah kenapa, ia tak digarap dan dipersembahkan dengan baik. Aku rasa macam, diorang ni tak pandai berlakon. 

Pelakon yang memang dah selalu berlakon pun aku rasa tak bawak watak dia dengan baik. Sesetengah dialog aku rasakan diucap terlalu cepat. Si A tak habis cakap lagi, dah watak B cakap. Lagi satu, kekurangan pause, atau jeda masa waktu diorang bercakap. Beberapa kali aku perasan.

Ini jugak antara cerita hantu yang aku tak banyak tutup mata. Maksudnya? Tak berapa seram la. Watak hantu yang sedikit mencedok idea filem-filem seram Jepun dan Korea mungkin boleh jadi lebih seram kalau diiringi bunyi suara dan jugak latar belakang bunyi yang lebih mendebarkan.

Ramai pelakon yang aku rasa tak menyampaikan dialog dengan feel. Aku rasa janggal menonton diorang berlakon, seolah-olah sangat berlakon. Tak tau kat mana silapnya, sedangkan bukan semua tu pelakon baru. Pengarah? Mungkin pengarahan tak cukup tegas.

Perkara yang paling aku suka adalah scene watak yang mati. Ada sedikit ciri-ciri cerita Final Destination. Ngeri. Pergh.. kagum!

Secara keseluruhan aku cuma mampu bagi 2 bintang kat cerita ni. Kalau filem ni boleh diulang lakonkan dan garapan yang dibawak lebih bernyawa, mungkin ia boleh jadi filem seram yang lebih seram.

p/s: Padangan adalah dari idea aku sendiri. Aku bukan profesional, tapi, ini pandangan seorang yang gemar walaupun takut tengok cerita hantu. Untuk bantu aku dapat duit, tolong klik iklan aku. Terima kasih.

6 comments:

ilovekampungku said...

x berkesempatan utk tengok citer tu....tapi pengalaman jumpa makhluk gaib ni mmg bnyk time belajar dulu kan?

Liza @ Adzriel AB said...

nak buat filem tak perlu pandangan profesional pun sebab yg tengok nanti bukanlah profesional pun.. he..he.. belum tengok lagi. iklannya mcm seram.

eeiyss said...

xtengok lagiks... is dah donlod witu... tgk2 xde sora lak.. huhu

.........cP~ said...

Tak pernah la jumpa masa belajar. Cuma dengar cerita je.

Ye. Ini lah pandangan saya.

Tengok lah. Tak seram pun..

Azizah a.k.a N.a.z said...

tak seram ke dik?
dengar tajuk dah seram rasa..

.........cP~ said...

Bagi saya yang penakut ni, tak seram..