Pengikut

Wednesday, February 15, 2012

Sakit perut? Risau Rotavirus~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, ye, selepas adik aku pergi, anak buah aku kena diarrhea @ cirit-birit. Eh, sejak semalam.

Mak aku dah risau dah. Dia boleh kata, "jangan lah macam ni. Sekarang tengah sakit virus tu, risau nenek."

Haish. Anak buah aku bukan boleh kawal pun. Semalam je berapa kali tukar pampers. Hari ni pun, baru lima minit dah tukar pampers lagi. Bapak dia suruh kasi grip water je. Entah lah.

Ni dia tengah tidur, nak check pampers karang nagis pulak. Dia dah la kalau sakit perut camni, cepat je merah punggung. Kesian je. Ni pun dah mula merah. Nasib la ada krim gamat mak aku. Selalu letak krim gamat ni berkesan. Harap-harap tak melecetlah.

Dia pun tak demam dan tak ada tanda gejala yang lain. Mungkin makan masa hantar adik aku haritu la kot, tercemar sikit. Bagus jugak dia dah pandai ajak pergi toilet nak cuci.

"Wok..wok...," katanya. 'Cewok'- bahasa Jawa maksud dia cuci la.

Alahai.. Dah kejutkan dah cuci tiba-tiba...oops, dia buang air lagi. Jap lagi la Is. Huhu..

p/s: Kena jaga kebersihan sungguh-sungguh ni. Cuci tangan bila nak melayan si Is.

4 comments:

charmyiex said...

betol tu..kne jaga betol2..risau pasal rotavirus tu menular ke kwsn kita lak..

:: Cik Nur :: said...

Kalau berlarutan, cepat-cepat bawa jumpam doktor ye.. :)

HeNRieTTa JoSe said...

siannyee bby....klu xbaek gak....bwak lew jmpa Dr..

Teenager Housemaid said...

kesiannya dia..
tak sampai hati tengok bebudak sakit ni..:(