Pengikut

Sunday, February 19, 2012

Tempat strategik menyorok- kawan kau gerenti nangis~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hai. Salam pagi Ahad.

Korang pernah main nyorok-nyorok? Mesti pernah, kan? Kalau tak pernah.. Oh, okay. Takpe. Nak main jap lagi pun boleh.

Masa kecik dulu, aku pun suka main nyorok-nyorok. Boleh kata, seminggu sekali mesti main lah. Baiklah. Aku bukan nak membebel pasal aku main nyorok-nyorok. Aku nak tunjukkan kat mana tempat-tempat menyorok paling best masa tu.


Atas dinding? Ye? Atas dinding bilik. Aku sangat suka menyorok kat situ. Bukan susah pun. Panjat je dinding tu duduk antara dua sujud bilik. Kalau orang tu pandang atas, kita gerak ke bilik sebelah, kalau orang tu masuk bilik sebelah pulak, kita ke bilik sebelah lagi.

Sembunyi dalam almari. Bukan kat ruang yang besar, tapi kat sebelah atas tempat ada cermin. Tempat tu orang susah nak agak. Cuma kena berhati-hati, jangan goyang-goyang. Kalau tak ....




Jatuh tersekat dalam almari yang besar tu. Ni pernah jadi tau. Sepupu aku pernah duduk dalam almari tu beberapa lama. Aku mana larat nak angkat. Adik dia pun pernah alami benda yang sama. Keturunan kot.

Satu lagi tempat yang strategik, ialah..


Berterima kasih sebab banyak longgokan baju masa tu. Maklumlah, mak sorang je tukang lipat. Mak pulak sibuk kat kebun atau kerja. Adik-beradik ramai, baju pun banyak. Tapi, tak boleh gerak-gerak.



Masa tu jugak, kat rumah aku ada para tempat simpan barang. Maka, aku kan kecik je. Aku menyorok la kat situ. Elok pulak ada kain penutup. Memang orang tak jangka aku yang pendek  ni boleh panjat naik situ. Kalau nak turun, aku lompat je. 

Dan satu lagi strategi yang paling seronok ialah sentiasa tukar tempat.



Yup, rumah aku dulu boleh pusing keliling satu rumah. Rasa seronok dan berdebar-debar je kalau buat macam ni. Tak tau orang yang cari tu nak muncul dari mana.

Tapi, kalau selalu menang aje pun tak best jugak.. Sebab....


Semua orang pun sama je. Kalau dah asyik kalah je mesti tak nak main dah. Bosan la kalau macam ni!

Korang pulak macam mana? Ada tempat-tempat strategik main nyorok-nyorok? Ke tak pernah main?

p/s: Macam mana nak tarik orang baca blog aku ni? Kalau korang datang, rajin-rajin la klik iklan aku ye? Terima kasih.

8 comments:

ijA said...

aah..kenangan dulu2..kita siap main kejar2, galah panjang..dll

H.J said...

aku kalau main menyorok macam ni..confirm aku pegi umah sedara sebelah and tido...kah3

Lady Windsor said...

mak datukkk panjat dinding bilik? hebatnya.....aku kalu main nyorok2, tempat paling suka belakang sofa, bawah katil dan belakang lemari, tiga tempat ni jer aku pilih sebab senang nak cop balik org yg cari kita tu...hehe..main sorok2 pakai sistem sendiri..

.........cP~ said...

@ija: Rugi kalau tak reti main nyorok2..jangan nyorok masa maghrib dah la

@HJ: budak yang selalu main sekali tu memang sedara sebelah rumah pun.

@LW: haha. rumam kampung tak ada syiling. Boleh nyorok kat atas dinding. ada jugak main cop2. tapi, selalunya malas nak cop takut x sempat cop.

❤~Emma Abduh~❤ said...

haha,,, skil lari2 tu mcm running man pulak..

Chic Na said...

dh besar2 ni teringin lak nk main nyorok2. cam best pulak. huhu..

Iffah Afeefah said...

ping blog kat fb

snok2 je main nyorok2 kn

aLyA_syGS said...

menyorok dalam kotak lame... kih9