Pengikut

Friday, March 9, 2012

Anak tinggalkan ibunya di hotel bajet?

Assalamualaikum warahmatullah.

Pagi-pagi aku dah baca cerita macam ni, sedangkan semalam baru je aku baca ucapan2 penghargaan buat kaum wanita dan aku baru je upload gambar mak aku.

Aku sebenarnya tak nak ulas panjang benda ni dan nak jadi pembaca je. Sebab aku sangat takut kalau aku terlalu serang orang-orang macam ni, aku pun diuji dengan benda yang sama. Cukup aku cakap, aku berdoa supaya aku tak akan jadi anak yang mengabaikan mak aku.

Cumanya, ada satu komen yang buat aku tertarik. Aku baca di blog Lady Winsor.

Komennya aku copy paste je lah ye?

"anak kepada makcik tu bujang umur 27 tahun
bawa mak dia dari Johor pastu tinggalkan kat hotel murah kat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
wahhh kelas anak dia yer..at least tinggalkan mak dia kat hotel bukan kat tepi jalan..masih ada lagi sifat keperimanusiaa bukan mcm setengah orang tu yang tinggalkan anak luar nikah kat dalam tong sampah..

mungkin..tak nak lah tuduh yang bukan2... mungkin anak dia pi cari kerja kot and then tinggalkan mak dia kejap kat situ..
so pihak polis sila cari anak makcik tu cepat so that kita boleh tahu citer yang sebenarnya."

See? Kita tak tahu cerita di sebaliknya. Sampai sekarang kita tak jumpa lagi anak lelaki dia kan? Mungkin anak dia rasa tak mampu nak tanggung mak dia dan kecewa dengan diri sendiri. Kalau dia bawak mak dia, mungkin mak dia akan susah. Kita tak tau kesusahan orang.

Mungkin juga anak dia ditimpa masalah atau kecelakaan. Segala kemungkinan boleh berlaku.  Sebagai orang tua, mungkin dia sedih dan rasa ditinggalkan. Tapi, kita sebagai masyarakat sekeliling tak payah lah serkap jarang. Cukup kita ambil iktibar dan membantu kalau kita mampu.

Entahlah. Takut kalau bab tuduh-tuduh orang ni. Takut kena kat kita sendiri.


p/s: line slow lagi. Mungkin dah suruh bayar bil dan mungkin dah terlebih guna. Nak selesaikan vector potret yang kawan mintak. Juga dapat upah buatkan assignment makcik. huhu.

4 comments:

Deru Ombak said...

Bila kita menulis, Dan penulisan kita itu mengundang pembaca membuat andaian yg x sepatutnya, penulis itu juga berdosa.

Unknown said...

hmmm... betui kata 'deru ombak'
penulisan tu memainkan peranan penting dalam penyebaran sesuatu benda . salah , dosala kita .

hyz said...

tu la... kalo pun anak tu ada hal ke, bgtau lah awal2 kat tokey hotel tu kan? sian mak dia...

sal ya said...

sebab tu banyak kelaur pasal mak blh jaga anak 10 tp anak 10 tu blh ke nak jaga mak sorang?