Pengikut

Tuesday, March 6, 2012

Mungkin aku yang terlalu emosi (Luahan biasa)~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku juga boleh hilang mood. Sebab aku sama macam orang lain. Kepala aku juga kadang runsing walaupun aku cuba memujuk diri. Janganlah asyik buat aku nampak bersalah. Sesekali tolong hargai aku. Aku tak mintak balasan wang ringgit atau pujian, tapi, jangan sikit-sikit kata aku salah.

Aku pun reti penat menahan rasa. Aku pun tahu marah walaupun kebanyakan masa aku diam je. Kamu tahu kalau aku marah macam mana, tapi, aku selalu cuba tahankan aje.

Mood aku memang dah lari hilang tinggalkan aku. Mungkin esok baru dia datang balik. Sebab dah berhari jugak aku tahankan.

p/s: Aku tak suka orang tau kesusahan dan kerisauan aku, terutama orang yang kenal rapat dan orang terdekat. Tapi, aku mengharap mereka tak tambah sesak nafas aku. Adakah aku terlalu tamak?

4 comments:

kay_are said...

nampak macam dalam dilema.. macam ade masalah.. takpe.. normal manusia ade masalah.. yang penting jangan mengalah pada masalah tu ok? =)

SAYA BUKAN SAMDOL said...

manusia memang tak lari dari masalah

dan ianya bergantung on how we adaapt it.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm better keep it or let it out ;)

.: mama lynn :. said...

moga masalah tu cepat keluar dr dlm diri awk. same goes to me, tp hati ni tlalu memendam rasa, sabar sehingga da tak terbendung rasa kecewa tu