Pengikut

Saturday, March 3, 2012

Perompak terlampau!

Assalamualaikum warahmatullah..

Entry ni aku tulis untuk mengingatkan supaya berhati hati. Baca kes benar di bawah untuk mengetahui kaedah tipu muslihat mereka.


Kes 1:

Pemuda: Assalamualaikum. Wak, saya ni nak mintak sayur sikit.
Wak: Waalaikumsalam. Alah, wak ni dah tua. Pergi la ke belakang tu cabut sendiri.

(Wak ke dapur ambil pisau)

Pemuda: (Diam-diam masuk ke rumah.)
Wak: La.. Kau diam-diam dah naik rumah rupanya.
Pemuda: Saya nak buang air la wak. Tak tahan ni.
Wak: Ye lah. Wak ambikkan pisau ni, nanti kau ambik la sayur sendiri ye?
Pemuda: (Hilang dari pandangan dan keluar beberepa minit kemudian.) Tak jadi la wak. Saya tak boleh la buang air kecil kat rumah orang.

Pemuda balik. Wak masuk rumah, tengok semua bersepah. Rumahnya baru saja dirompak!


Kes 2:

Tengah hari Jumaat.

Lori mencari besi buruk berhenti depan rumah. Tuan rumah dipanggil tapi tak dilayan.

*Lelaki 1= India

Wak: Tak pe lah. Tak payah. Aku tak nak jual besi.(Terus duduk dalam bilik air.)
Lelaki 1: (Masuk ke rumah tanpa diundang). Saya ambik besi dengan zink kat luar tu ye. Wak lelaki mana?
Wak: Pergi sembahyang Jumaat la. (tipu, dia sebenarnya sudah lama kehilangan suami)

Lelaki 1: Wak, ada ular kat bawah zink ni.
Wak: (Keluar dari bilik air) Mana?
Lelaki 1: Oh, saya dah bunuh dah. Jom ke depan jalan timbang berapa banyak besi dapat.
Wak:(Ikutkan saja)
Lelaki 1: 5kg. Nah RM1.
Wak: (Takut dan terima dengan pasrah)

Seorang lelaki Melayu sedang bergayut dalam telefon. Tiba-tiba seorang kawannya keluar dari rumah wanita tua tersebut.

Wak: La..kau dah masuk rumah aku rupanya.

Mereka cepat-cepat pergi. Wak masuk rumah. Habis semua periuk belanga yang besar dan duit diambil. Beberapa hari selepas itu, baru dia tersedar, rumah atas juga dah dimasuki dan barang kemas, habis!

Sebelum pulang mereka ada berkata: Nanti Jumaat saya datang lagi. (!!!!)

Laporan polis tak dibuat serta merta. Si anak cuma pujuk ibu dengan bawak jalan-jalan ke pasar malam. Duit tak boleh dapat lagi kalau report pun katanya. (Ya Allah. Fikir demi sendiri je ke? Keselamatan? Kemudian hari?)

Kes 3:

Lelaki muda (India): (Turun dari lori) Besi buruk ada? (Dah nampak la tu zink banyak, basikal tepi rumah.)
Makcik: Takde. Takde!
Lelaki muda: Itu ada sana. Saya ambik.
Makcik: Takde. Tak nak jual. Tak jual. (Bercakap hanya melalui tingkap. Pintu terkunci)
Lelaki muda: Nanti malam2 saya datang bawa lori saya ambik semua! (Ugut!)
Makcik: Datangla kalau berani! Saya report polis! Datanglah. Saya report tau la. Saya telefon polis terus! (Kembali ugut)

Makcik berdebar-debar bila malam tiba. Alhamdulillah, mereka tak datang.


*************************************

Memang melampau! Merompak dengan menjadikan wanita tua sebagai sasaran. Wak di kes 2 dah kena berkali2. Ada kes lain lagi yang jadi. Ni la buat aku tak nak tinggalkan mak kat rumah sendiri bila siang. Tapi, mak pulak risaukan aku anak perempuan dia.

Berhati-hati bila kat rumah. Jangan percaya kat orang yang tak kenal. Tengok-tengokkan ibu kat rumah. Jangan ambil ringan kes macam ni. Takut!

Malam-malam ada jaga kampung- orang-orang muda, tapi, dia sekarang bertindak siang!

9 comments:

Unknown said...

Melampau sangat! Mintak jauh st drpd kena.. nauzubillah... org tua pun nk wat camtu.. tak malu! biar masuk penjara terus! >:(

Unknown said...

kan ? hadoi, ini kerja2 pemalas. nak dpt duit dgn cara mudah. mcm tak berotak.

Anonymous said...

berhati-hati lepas nih.

dont trust any stranger

Eera Shera said...

besenye jd mase siang bila org lelaki kje..mmg dorg target pompoan je

Ayu said...

eeiii...ngeri!sebab tu akak jarang sangatt bukak pintu sembarangan.
sowie ye.ala-ala mcm takde org kat umah pun ader.huhu..

Pha Is said...

ish.. bahaya betol...

Admin said...

bahaya sekarang,
janganlah dok sorang2 kalau boleh..
mak dan nenek pernah kena ragut kat tepi jalan depan umah,,

Liyana Anuar said...

bahayanya..pastikan pintu selalu berkunci~

Dhea Ahmad said...

sekarang neh macam2 kes...perompak pn dah semakin bijak....huhuuhuh