Pengikut

Saturday, March 17, 2012

Skrin Laptop saya pulak pecah~

Assalamualaikum warahmatullah.

I'm hereby, want to inform to all of you that,

Payah lah speaking. Nak beritahu skrin laptop saya pecah. Haha. Accident dengan botol susu. Memang tak nampak apa-apa dah. Nak marah pun tak boleh, (nangis jap je malam tu), bingung sekejap.

Yang pelik, aku cuma terkejut je. Aku membebel-bebel kejap, tu pun macam ada sesuatu yang paksa aku membebel. Dalam hati macam tak ada rasa nak marah pun.

Pastu, aku masuk bilik sebab takut termarah. Dengar pulak budak kecik tu kena marah dek mak dia sampai sedih sangat bunyi nangisnya. Aku jadi serba salah pulak. Sebab, aku tak marah pun. Terkejut je. Tak pasal-pasal pulak budak kecik tu kena marah.

Pagi tadi, kepala otak aku ligat berfikir.

Satu suara cakap, habislah aku. Laptop tu lah je harta yang aku ada. Tu je la yang aku ada untuk hantar resume, cari kerja semua. Aku beli dengan duit terakhir aku masa nak habis belajar dulu bila laptop lama rosak. Tu je lah alat komunikasi aku dengan kawan-kawan. Tu je lah yang menghubungkan aku dengan dunia. Yup, dengan DUNIA.

Lepas tu, tiba-tiba.. Astaghfirullah. Entah dari mana, fikiran aku fikir, ah, mungkin inilah sebabnya. Aku terlalu sibuk nak berhubung dengan dunia. Aku terlalu sibuk dengan hal dunia. Risau hal dunia je.

Mungkin ada hikmahnya. Memang la rasa lain macam. Ada idea nak update blog, nak tengok perkembangan kawan-kawan kat FB, tapi, bukan tak boleh hidup pun.

Lagipun, aku pernah terfikir, budak kecik tu mungkin cemburu dengan laptop aku kadang-kadang tu. Sebab aku asyik sangat dengan laptop dan tak layan dia main. Kesian dia. Dah la aku je pun kawan yang ada.

Aku tak nak repair dulu. Tengoklah kemudian nanti. Lagipun masih boleh hidup je. Aku tak rasa takut pun. Tengah fikir nak seluk duit kat mana. Tadi, tengok-tengok dah duit kat bank. Ada je. Memang mak dia nak bagi duit ganti rugi, tapi, aku fikir baik bayar ansur-ansur.

Nanti, kalau aku sesak, sekurang-kurangnya aku tau aku ada duit back up kat dia, kan? Haha.Ye, bab duit aku memang berkira. Simpan lebih baik daripada diguna. (Aku tau la duit tak boleh bawak mati..tapi...) Erk..dah2. Melalut.

p/s: guna laptop makcik sebab dia mintak aku siapkan ilustrasi kerja dia tu. Hehe. Curi pakai untuk blog pulak. Okay, back to the job. Tak tau la bila lagi kita boleh jumpa. Love you all! Doa-doalah saya dapat kerja cepat. Boleh la repair laptop kesayangan no. 2 tu. Mr. X. (Laptop pertama tetap dihati). Hee..

Jom layan Warkah Mat Rock! Macam best je.. hehe. Teringat seorang kenalan.

6 comments:

Cik Nur said...

laaaa..sygnya..tapi nak buat macam mana..benda dah jadi...redha je lah..
tapi syglah...hihih

Yana Libra said...

sayangnye ngan laptop tu..pasrah je la~

moga awak cepat dapat keje & kumpul duit utk repair laptop tu ye :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Bende nak jadik...ada hikmah la tuh...

dyabunga said...

semoga cpt dpt kerja ye..:D nnti blh lah repair latop tu tak pun beli baru..hehe

pha is said...

sabor je la.. nasib baik ada laptop "makcik"... kalau tak, tak terupdate la blog nih.. hehehe

Teenager Housemaid said...

hm, betul gak sis cp cakap..
kenkdg dgn laptop ni kita sibuk dengan dunia...